Connect with us

WTF

Pantai ‘Porak Peranda’, PKPP Buatkan Segelintir Rakyat Malaysia Hilang Akal

Ramai yang dilihat menghela nafas lega apabila kerajaan memberi kelonggaran kepada seluruh masyarakat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan kali ini.

Kebanyakan sektor ekonomi juga dibenarkan untuk beroperasi semula dan orang awan juga telah dibenarkan untuk merentas negeri setelah hampir 3 bulan sempadan dikawal rapi.

“Baru beberapa hari PKPP…”

Di Twitter, seorang pemuda berkongsikan kekecewaannya terhadap segelintir rakyat Malaysia yang dilihat tidak mengendahkan kebersihan semasa beriadah di pantai, setelah baru beberapa hari PKPP diumumkan.

Perkara ini sememangnya amat menyedihkan kerana sepanjang PKP berlangsung, pantai di Port Dickson ini dikatakan sangat bersih tanpa sebarang sampah.

Ternyata, masyarakat Malaysia dilihat tidak mempunyai kesedaran yang mendalam terhadap alam sekitar walaupun pelbagai bencana yang sudah melanda dunia.

Tak rasa serba salah langsung ke?

Isu ini juga telah menyebabkan ramai pengguna Twitter berasa berang dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab boleh pengunjung pantai berkenaan.

Inilah manusia, tak pandai menghargai

Orang mcm ni sejawarnya PKPD seumur hidup

Tolonglah jaga kebersihan…

Rakyat Malaysia diseru untuk lebih mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar kerana ia bakal meninggalkan impak yang besar terhadap hidupan di bumi.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending