Connect with us

WTF

Panik Perintah ‘Lockdown’, Rakyat Belanda Rela Beratur Beli Bekalan Ganja

Negara Belanda juga tidak ketinggalan untuk terkena tempias wabak Covid-19 ini. Negara ini telah mencatatkan lebih kurang 1,000 orang dan telah mengakibatkan 20 kematian.

Kerajaan Belanda baru-baru ini telah mengumumkan perintah ‘lockdown’ kepada seluruh negaranya. Jika rakyat negara lain risau dengan perintah lockdown dan sekaligus pasti akan melakukan pembelian panik untuk barangan keperluan terutamanya bekalan makanan.

Namun, lain pulak yang berlaku oleh rakyat di negara Belanda ini! Di Twitter, tular sebuah video yang memaparkan rakyat Belanda dilihat beratur panjang untuk membeli ganja ataupun disebut sebagai weed sebagai bekalan sepanjang lockdown.

Sebelum kedai ditutup sepenuhnya, pengguna ganja telah bertindak membeli bekalan dan sanggup beratur panjang agar tidak terputus bekalan sepanjang lockdown berlangsung.

Kemudian, sebuan keatas kedai ganja turut dilakukan selepas elepas beberapa minit Menteri Kesihatan dan Pendidikan Belanda memberi sidang media dengan mengumumkan perintah ‘lockdown’ kepada seluruh Belanda, yang akan memberi kesan kepada penutupan sekolah dan seluruh kedai di sana.

 

Untuk maklumat umun, di Belanda ganja sebenarnya tetap salah di sisi undang-undang. Namun, kerajaan di sana memberi kelonggaran kepada rakyat mereka dengan memiliki ganja tidak lebih daripada lima gram.

Sumber: Twitter, The Vocket.

Continue Reading
Advertisement

Trending