Infozon
Tragedi Kri Nanggala: 53 Kru Kapal Selam Diberi Penghargaan & Kenaikan Pangkat

Kerajaan Indonesia memaklumkan akan memberi penghargaan dan kenaikan pangkat kepada kesemua 53 kru KRI Nanggala-402 yang terkorban.
Memetik laporan Kompas, Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto berkata penghargaan dan kenaikan pangkat akan diajukan secara berperingkat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Setiap kru terkorban diberi penghargaan & dinaikkan pangkat
“Kita akan berikan penghargaan kepada perajurit yang terkorban dan ia akan disampaikan kepada Presiden secara berperingkat. Penghargaan yang diberikan berupa kenaikan pangkat,” katanya dalam sidang media.
Tambahnya lagi, penghargaan tersebut akan diproses dalam kadar segera.
“Atas nama seluruh perajurit dan keluarga besar TNI, selaku Panglima TNI, saya sampaikan rasa dukacita yang sedalam-dalamnya kepada seluruh keluarga anggota yang gugur,” katanya seperti dilaporkan Kompas.
Terdahulu, aset dari Singapura iaitu MV Swift Rescue telah menurunkn ROV dan melakukan carian di dasar laut secara visual dengan menggunakan kamera.
Mereka telah mengesahkan bahawa beberapa serpihan ditemui adalah dari KRI Nanggala-402.
Sumber: Kompas.com (Haryanti Puspa Sari & Diamanty Meiliana)

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit