Connect with us

Inspirasi

Pangkat Tolak Tepi, ‘Bos Besar’ Shell Bantu Pelanggan Isi Minyak

Walaupun memegang jawatan tertinggi dalam sesebuah syarikat, perkara tersebut tidak menghalang ‘orang kuat’ pengurusan untuk turun padang bagi melakukan tugas seperti kakitangan yang lain.

Itu dilakukan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain yang menjadi perhatian di media sosial baru-baru ini.

Menerusi sebuah posting, Reza Zainal memuat naik dua keping gambar memaparkan Pengarah Urusan itu membantu mengisi minyak pelanggan yang berkunjung ke sebuah cawangan stesen minyak tersebut.

Guess who..?Bukan staff forecourt biasa.MD of Shell Malaysia Trading aka Pakcik Shell (Follow his IG : Pakcik…

Posted by Reza Zainal on Saturday, June 13, 2020

Jika dilihat, beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Shell itu nampak begitu mesra dan merendah diri sambil melayan orang di sekelilingnya tanpa mengira pangkat sekaligus disifatkan sangat memberi inspirasi.

“Teka siapa? Bukan pekerja stesen minyak biasa. Managing Director of Shell Malaysia Trading iaitu Pakcik Shell. Always an inspiration.
“When you talk to him, you know that he is something special. Malu tau tengok dia buat kerja kita duduk dalam office,” luah Reza beberapa hari lalu.

Sebelum ini, Shairan pernah mendapat liputan media selepas membuat kejutan bertemu dengan seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bekerja di stesen minyak.

Pelajar tersebut, Muhammad Amir Hakim Shaharudin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puchong Perdana mengambil keputusan SPM sambil memakai t-shirt Shell sebelum tular di Twitter.

Sumber : Reza Zainal

Continue Reading
Advertisement

Trending