Detik
Pamer Sokongan Penuh, Pemain Man.United Kibar Bendera Palestin Lepas Perlawanan

Baru-baru ini peminat bola sepak Liga Eropah menyaksikan pasukan Manchester United bermain melawan Fulham di Old Trafford.
Perlawanan tersebut dihadiri seramai 10 ribu pengunjung sebaik sahaja kerajaan Inggeris melonggarkan peraturan ‘lockdown’ berkaitan penularan Covid-19 di negara terbabit.
Keputusan perlawanan itu berakhir dengan skor seri Fulham – 1 dan Manchester United 1.
Namun apa yang menarik adalah selepas habis perlawanan, 2 pemain iaitu Paul Pogba dan Amad Diallo dilihat memegang bendera Palestin sewaktu ingin meninggalkan padang bola berkenaan.
Difahamkan lagi, tindakan kedua pemain tersebut merupakan 1 bentuk solidariti dan sokongan ke atas rakyat Palestin berikutan ketegangan yang berlaku antara Palestin dan Israel pada saat ini.
Di samping itu, menerusi akaun Instagram miliknya, Progba turut memuat naik pesanan memaklumkan kepada pengikut untuk memelihara dunia agar bebas dari sebarang kezaliman.
“Berdoa untuk Palestin,” tulis Pogba di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, pemain muda United, Diallo turut berkongsi gambar mereka berdua membawa dan mengibarkan bendera Palestin di tengah padang bola sepak terbabit.
https://www.instagram.com/p/CPBw8hqBqTd/?utm_source=ig_web_copy_link
“Berdoa untuk Palestin,” tulis Diallo juga.
Menurut laporan media, sehingga kini angka korban akibat serangan kejam Zionis ke atas Palestin makin bertambah untuk tempoh 9 hari lepas.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan, sekurang-kurangnya 217 orang, termasuk hampir 100 wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa kezaliman Israel sejak serangan bermula pada 2 Syawal.
Palestinian MOH-Gaza
Two hundred and seventeen (217) Palestinians have been killed, including 63 children, 36 women, and 16 elderly people. There are 1500 wounded. #GazaUnderAttackk— Palestinian Ministry of Health- Gaza (@mohenglish3) May 18, 2021
Tonton video penuh:
Sumber: Instagram @masjid_al_aqsa

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit