Infozon
Paling Aktif Di Indonesia, Gunung Merapi Meletus Lagi Sebanyak Tiga Kali

Gunung Merapi, gunung berapi paling aktif di Indonesia meletus sebanyak tiga kali dan memuntahkan abu setinggi tiga kilometer (km), menyebabkan beberapa daerah di Yogyakarta diselubungi debu tebal, kata Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) Hanik Humaida pada Jumaat.
Letusan bermula pada 4.43 pagi waktu tempatan selama 61 saat, letusan kedua selama 131 saat dan yang ketiga 245 saat, lapor Xinhua.
“Kepulan asap dapat dilihat setinggi 1,000 meter di atas puncaknya,” kata Humaida.
Pada 7.33 pagi waktu tempatan, Merapi, yang merentasi daerah Yogyakarta dan wilayah Jawa Tengah, menghamburkan lebih banyak abu panas sejauh satu km ke tenggara selama 104 saat, setinggi 600 meter di atas puncaknya.
Berdasarkan pemerhatian dari tengah malam hingga 6 pagi, gunung berapi setinggi 2,968 meter, yang berada dalam status bahaya tahap ketiga itu, memuntahkan lava sebanyak lima kali ke barat daya dan enam kali ke tenggara.
BPPTKG menasihatkan penduduk bertenang, memakai pelitup muka dan menutup tempat penyimpanan air. Sementara itu, aliran lava dan debu dijangka merebak ke kawasan selatan-barat daya, seperti sungai Kuning, Boyong, Bedog, Krasak, Bebeng dan Putih. Abu gunung berapi itu juga turut menyelubungi daerah yang berada dalam radius tiga km dari puncaknya.
Sumber: Bernama

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit