Connect with us

WTF

Paksa Orang Beri Duit, Pasangan Warga Emas Dikatakan ‘Scam’ Pengguna Jalan Raya

Pernah mengalami situasi ingin menolong orang, teapi berasa takut kalau itu hanya sekadar helah untuk melakukan jenayah. Situasi berkenaan memang tidak terjangkan dan diri sendiri lebih memilih untuk memejamkan mata apabila terlihat orang dalam kesusahan.

Semalam, kecoh dalam sebuah group di laman Facebook, mengatakan terdapat sepasang warga emas dikatakan menjadi scammer dan sering kali mengambil kesempatan terhadap pertolongan orang ramai.

Mereka “tersadai” tepi jalan

Perkara tersebut telah dibongkarkan oleh salah seorang mangsa mereka menerusi sebuah posting yang telah dimuat naik di group Facebook tersebut. Mangsa dikatakan terserempak dengan pasangan suami isteri ditepi jalan.

Nampak macam baru lepas kemalangan!

Mereka berdua dilihat menunggu ditepi bahu jalan, dengan keadaan seperti baru sahaja terlibat dengan kemalangan. Si isteri dengan kaki yang berbalut dan suaminya pula berdiri disebelah sambil memengang topi keledar.

Berhenti untuk tolong…

Mangsa mengatakan bahawa dia membuat keputusan untuk berhenti dan menolong pasangan warga emas tersebut. Pasangan tersebut mengatakan yang motosikal mereka telah dilanggar lari oleh sebuah kereta.

Tambahnya lagi, mereka berdua bukan penduduk sekitar dan telah datang dari Penang. Mangsa mula untuk mempelawa mereka berdua untuk hantar ke tempat destinasi, tetapi ajakan tersebut telah ditolak oleh pasangan warga emas itu.

Tak nak balik, tapi nak duit!

Mangsa disebalikanya dipaksa untuk menghulurkan duit sebanyak RM 150, dengan alasan mereka akan menguruskan motor yang rosak itu sendiri. Sering kali juga dipujuk untuk dihantar balik, namun mereka tetap mahukan sedikit wang untuk membaiki motosikal.

Rasa pelik pertolongan ditolak…

Mangsa kemudiannya merasa pelik kerana mereka berdua seperti tidak mahu dihantar pulang. Tambanya lagi, mereka terus-menerus memaksanya untuk memberikan wang sebanyak RM150. Duit tersebut dikatakan akan digunakan untuk mengupah lori untuk mengangkat motor mereka yang tersadai pulang ke rumah.

Ramai yang telah meninggalkan komen bahawa mereka juga pernah terkena kejadian yang sama oleh pasangan ini, tetapi di lokasi yang berbeza.

Sumber: World of Buzz.

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending