Connect with us

Inspirasi

Pakcik Tua Jual ‘Snack’ Tengah Malam, Namun Tiada Pelanggan Yang Mahu Membelinya

Semakin lanjut usia, sudah pastinya disarankan untuk lebih banyakkan berehat dari melakukan kerja-kerja berat. Ada sesetengah insan, sanggup ketepikan penat lelah dan usia mereka, demi mencari rezeki untuk sesuap nasi.

Tular di Facebook apabila posting milik Saharat Yean, mengundang sedih dan rasa simpati kepada seorang pakcik tua. Pakcik tersebut membuka gerai kecil pada tengah malam dengan menjual makanan ringan di Thailand.

Pada mulanya nak tahu je…

Sebelum itu, semasa dia sedang memandu kereta Saharat ternampak sebuah gerai kecil yang masih dibuka walaupun sudah melewati tengah malam. Disebabkan rasa ingin tahu, dia memberhentikan kereta dan tanyakan beberapa soalan kepada pakcik tersebut.

Jual bakar-bakar rupanya!

Setelah dia menghampiri kedai tersebut, pakcik berkenaan telah menawarkan Saharat beberapa jenis bebola daging dan sotong dipanggang atas dapur arang. Tapi malangnya, pada malam itu jualan pakcik tua ini langsung tidak terusik.

Kene sabar kalau nak cari rezeki…

Sahara mengatakan bahawa dia telah membeli kesemua jualan itu serta menyuruh pakcik itu pulang ke rumah dan berehat. Namun, pakcik tua berkenaan berkata, dia sudah tidak kisah dengan segala penat lelah dan sentiasa bersabar demi mencari rezeki buat dirinya.

Jadi, disini mahu mengingatkan bahawa, ramai lagi yang berada dalam kesusahan dan tidak bernasib baik seperti kita. Oleh itu, sentiasalah bersyukur dan saling bantu-membantu kepada insan yang memerlukan.

Sumber: World of Buzz.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending