Connect with us

Inspirasi

Pakcik sanggup terjun dalam parit, gara2 mahu selamatkan kucing yang terjatuh

Sesetengah orang, pasti takkan peduli dengan haiwan-haiwan jalanan dan juga yang terbiar. Bagi mereka, haiwan-haiwan tidak bertuan ini sangat kotor dan juga menjijikan. Walhal, mereka semua ini tetap makhluk yang memerlukan belas ihsan dan kasih sayang.

Tidak semua yang mampu melakukan dan bertindak seperti pakcik ini. Pakcik ini dilihat sanggup terjun ke dalam parit yang besar dan dalam, semata-mata untuk menyelamatkan seekor kucing yang terjatuh ke dalamnya.

“Terima kasih banyak-banyak!”

Kejadian ini telah dirakam dan juga dikongsikan oleh seorang gadis yang juga kebetulan berada ditempat yang sama. Disebabkan itu, ramai yang telah meninggalkan komen dan ucapan terima kasih buat pakcik berkenaan.

 

Tak kisah berbasah dan berbau!

Lebih mengkagumkan pakcik berkenaan seolah tidak kisah jika pakaiannya basah terkena air yang berada dalam parit berkenaan. Parit tersebut juga dilihat agak dalam dan agak lebar keluasannya.

Semoga hidup diberkati dan diperluaskan rezeki

Rata-rata rakyat Indonesia yang melihat posting mengenai pakcik ini, sangat bersyukur kerana masih ada orang yang baik dan pedulikan mengenai haiwan yang tidak terdaya ini.

Kebanyakan mereka mendoakan agar pakcik berkenaan dipermudahkan urusannya dan dimurahkan rezeki kerana tindakan murni yang telah dilakukannya.

Tak rugipun sebenarnya lakukan kebaikan dan berkasih sayang sesama mahkluk. Malah hidup lebih harmoni dan diberkati oleh-Nya.

Sumber: Meme Meong Indonesia.

Continue Reading
Advertisement

Trending