Connect with us

WOW

Pakar Tangkap Jin Malaysia Dakwa, Mampu ‘Cekup’ Jin Hanya Melalui Whatsapp

Kemudahan media elektronik diakui sememangnya sangat membantu menyenangkan kerja-kerja manusia. Malah, ada yang mengambil peluang ini dengan membina jaringan pekerjaan dan juga menjalankan pelbagai perkhidmatan atas talian, yang tanpa disangka bakal menjana keuntungan yang berlipat ganda.

Seorang pekerja kerajaan mengambil peluang ini dengan menjalankan perkhidmatan menangkap jin, dengan hanya menerusi atas talian. Lelaki yang dikenali sebagai  Sa’ad Jafar ini menyatakan, dia boleh menghantar “semangat pembungkusan” ataupun spirit packing walaupun tiada di tempat kejadian.

Ada pusat rawatan sendiri!

Menurut lelaki yang berusia 47 tahun itu, ritualnya hanya akan dilakukan di pusat rawatan miliknya sahaja. Jelasnya lagi, perkara ghaib ini bukan lagi sesuatu yang buat dirinya.

Boleh berubat dari jarak jauh

Kini, jarak bukan lagi satu pengahalang untuk dirinya merawat pesakit yang menginginkan bantuan daripada Sa’ad Jafar. Jelas dirinya, dia mampu melaksanakan rawatan walaupun tanpa berjumpa pesakit, dengan hanya melalui aplikasi Whatsapp sahaja.

Katanya lagi, dia juga mampu menangkap jin dari jauh sehingga ke Dubai dan India. Dia mengenakan bayaran RM200 untuk perkhidmatan menangkap jin ini.

“First in the World”

Malah dia juga mempunyai tagline tersendiri iaitu “First in the World” yang membawa maksud, tiada siapa lagi yang mampu melakukan kaedah menangkap jin dari jauh sepertinya.

Tambahnya lagi, jin yang ditangkap tersebut bakal dikurungkan dalam penjara, yang dibuatkan oleh dirinya sendiri. Penjara tersebut telah dibina khas yang terletak di dunia yang lain.

Segala yang tersurat ataupun tersirat hanya diketahui oleh Allah SWT. Wallahuallam.

Sumber: FMT.

Continue Reading
Advertisement

Trending