Connect with us

Infozon

Pakai Seragam Tertutup & Sopan Di Olimpik, Skuad Gimnas Jerman Raih Tumpuan Ramai

Secara umumnya Sejak tahun 1970-an lagi, atlet gimnas wanita sering dilihat menggunakan pakaian leotard sewaktu acara sukan seluruh dunia.

Bagaimanapun baru-baru ini, skuad gimnas wanita dari Jerman telah meraih pehatian dunia apabila atletnya tampil berbeza dengan menggunakan seragam penuh ketika beraksi di gelanggang Olimpik Tokyo 2020.

Bukti atlet wanita boleh pakai pakaian mengikut pilihan sendiri

Pasukan yang diwakili Sarah Voss, Pauline Schaeger-Betz, Elisabeth Seitz dan Kim Bui telah membuka tirai Olimpik mereka dengan mengenakan pakaian unitard yang menutup lengan dan kaki sehingga buku lali.

Tindakan pasukan Jerman itu telah membuktikan bahawa atlet wanita boleh memakai apa sahaja pakaian mengikut kehendak dan pilihan mereka sendiri.

Namun begitu, ia bukanlah pertama kali skuad gimnas wanita Jerman memilih untuk memakai sut penuh.

Advertisement

Terdahulu, mereka pernah mengenakan seragam yang sama sewaktu kejohanan Eropah yang berlangsung pada April lalu.

Tujuan mereka melakukan usaha itu kerana sudah letih dengan perangai segelintir penonton yang ingin menyaksikan atlet seksi bukannya kehebatan atlet tersendiri dalam setiap acara.

Menariknya, penampilan mereka tersebut telah mendapat sokongan penuh daripada gimnas wanita lain dan juga para netizen yang kagum dengan tindakan mereka.

Advertisement

https://twitter.com/MareikeAden/status/1419562940760567813?s=20

Advertisement

Difahamkan lagi, tiada peraturan yang melarang gimnas memakai baju yang lebih tertutup.

Namun begitu, ada segelintir juri akan memotong mata gimnas tersebut dan ada juga penganjur yang meminta gimnas memakai baju lebih pendek.

Sumber: TIME (Sanya Mansoor)

 

Advertisement

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending