Connect with us

Inspirasi

Salah Cara Pakai, Abang Polis Bantu Nenek Guna Pelitup Muka Dengan Betul

Walaupun pandemik Covid-19 sudah hampir 2 tahun melanda, sememangnya masih ada lagi orang yang belum peka dengan pemakaian pelitup muka terutamanya golongan warga emas.

Hal ini berkemungkinan kurangnya pendedahan ataupun pengetahuan memandangkan ada diantara mereka tidak celik teknologi untuk mengetahui maklumat terkini.

Nenek salah pakai pelitup muka

Salah satunya menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dari Indonesia yang juga merupa anggota polis yang menjaga checkpoint pemeriksaan dikenali sebagai @said_qori.

Dapat dilihat seorang warga emas telah datang ke tempat pemeriksaan dengan memakai pelitup muka secara melintang dan menutupi sebahagian matanya.

@said_qori

sewaktu kami sedang jaga Posko PPKM, ada Nenek yang keposko kami dengan menggunakan Masker dengan Posisi yanh salah 🤣🤣😂😂 sehat trus ya nek #Fyp

♬ suara asli – Sayed Qori – Sayed Qori

Betulkan cara pemakaian

Prihatin dengan keadaan nenek tersebut, anggota polis yang bertugas telah menghampiri warga emas terbabit dan membetulkan pelitup muka agar dia boleh melihat dengan lebih jelas.

Seusai membetulkan, polis berkenaan dan warga emas itu bersalaman persis seorang kawan baik dan kedengaran anggota tersebut meminta maaf kerana tali pelitup muka nenek berkenaan sedikit pendek berbanding biasa.

https://www.tiktok.com/@said_qori/video/6983131793872407834?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Rasanya pembuat masker tu yang salah

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang menonton video berkenaan berasa terhibur melihat gelagat anggota polis itu dengan nenek berkenaan.

Mereka juga sempat mendoakan agar nenek tersebut terus diberi kesihatan yang baik dan memuji tindakan murni anggota polis berkenaan yang melayan dengan baik warga emas berkenaan.

Semoga semuanya dilindungi

Penat tahan gelak

Semoga sihat2 nek!

Antara kasihan & lawak

Nenek tu dah berusaha pakai pelitup muka

Setakat ini, video tersebut sudahpun ditonton lebih daripada 9 juta viewers walaupun baru sehari ia dimuat naik ke akaun @said_qori.

Sumber: TikTok @said_qori

Continue Reading
Advertisement

Trending