Connect with us

Cute

Pakai Kostum Dinasour Ke PPV, Gadis Teruk Dikecam Kerana Saiz Badan

Musim pandemik ini telah menyebabkan ramai yang memilih untuk duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar. Oleh itu, rakyat Malaysia yang kreatif sememangnya tidak melepaskan peluang untuk  ‘melaram’ ketika menerima vaksin kerana itu mungkin satu-satunya masa untuk muncul bergaya di khalayak ramai.

Banyak gelagat dan ragam netizen yang sakan bergaya ke PPV berjaya dirakam, sebagai contoh baru-baru ini terdapat ‘hantu’, ‘itik’, ‘Cyborg’ dan juga ‘ultraman’. Ini termasuklah seorang gadis yang menggayakan kostum dinasour bagi tujuan menerima vaksin. Aksinya yang mencuit hati itu telah dirakam untuk dikongsi di media sosial.

@n.miraaaaa2nd dose vaksin bodyguard teman 🐊 ##tiktokmalaysia ##fyp ##xyzbca ##tiktokbff

♬ original sound – Cikyaaa🌸

Gila perhatian?

Jika sebelum ini ramai yang memuji dan terhibur dengan gelagat rakyat Malaysia yang menggayakan pelbagai jenis kostum, namun perkara yang sama tidak berlaku pada gadis ini. Lebih menyedihkan lagi, gadis yang memakai kostum dinasour itu teruk dihina gara-gara saiz tubuh badannya yang besar itu.

Advertisement

 

Boleh tegur tapi jangan sampai menghina

Pelbagai komen yang kurang enak telah ditinggalkan oleh netizen, walau bagaimanapun terdapat juga beberapa orang yang tampil menegur netizen yang meninggalkan komen yang mengguris hati itu.

Terdapat juga mereka yang kesal dengan komen-komen yang ditinggalkan seolah-olah netizen kini hanya memandang paras rupa semata-mata. Mungkin gadis itu tidak memenuhi kriteria para netizen yang membuatkan dia teruk dikecam.

 

Walaupun begitu, masih terdapat juga netizen yang memberikan komen yang positif dengan mempertahankan tindakan gadis itu yang mungkin melakukannya demi kepuasan diri dan sebagai kenangan.

Advertisement

Sumber: Tiktok @n.miraaaaa

 

Continue Reading
Advertisement

Trending