Connect with us

Infozon

Pakai Kaki Lelaki Jadi Model, Pemilik Kedai Kasut Dipuji Pelihara Aurat Wanita

Dalam Islam, soal aurat ini antara perkara yang wajib dititiberatkan, namun sayangnya tidak semua sektor begitu mengambil kira akan isu aurat.

Namun, bagi pemilik kasut jenama tempatan, soal aurat merupakan antara aspek paling penting dalam menjalankan perniagaan, agar dapat mengikut syariat Islam.

Taknak pakai kaki perempuan, aurat

Menerusi satu perkongsian di Facebook, penjual jenama kasut tempatan, enggan menggunakan model perempuan dalam sesi fotografi, meskipun kasut yang dijual adalah untuk wanita.

Nanti tinggal edit bagi flawless macam kaki perempuan

Sebaliknya, menggunakan model lelaki untuk menggayakan kasut tersebut memandang foto yang akan digunakan adalah hanya bahagian kaki sahaja. Jadi, foto yang diambil akan disunting bagi menampakkan kaki model lebih feminim.

Menerusi laman portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, berpendapat bahawa pendapat yang mengatakan bahawa kaki wanita itu adalah aurat lebih selamat, berhati-hati dan keluar dari khilaf.

Justeru, tindakan pemilik jenama kasut tersebut adalah sesuatu inisiatif yang bagus, kerana sangat mengambil berat soal berkenaan aurat seorang wanita.

Sumber : Mohd Nor Amin Zainuddin & Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Continue Reading
Advertisement

Trending