Connect with us

Infozon

Padan Muka Anti-Vaks! Netizen Lega IKEA Hanya Benarkan Pengunjung Lengkap Dua Dos Sahaja

Kebanyakan premis perniagaan seperti KLCC Park dan IKEA kini telah menetapkan peraturan dengan hanya membenarkan kemasukan untuk pengunjung yang telah lengkap dua dos vaksin sahaja.

Hari ini seorang pengguna di Twitter telah berkongsi gambar yang memaparkan pelanggan yang berkunjung ke IKEA perlu menunjukkan kad vaksin untuk diperiksa oleh pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk.

Tak nak kena tipu

Manakala, seorang pengguna Twitter yang lain turut berkongsi pengalaman ibunya yang baru sahaja pergi ke IKEA yang tidak dibenarkan masuk walaupun telah menunjukkan kad vaksin.

Advertisement

Tambahnya lagi, pengunjung hanya dibenarkan masuk sekiranya berjaya menunjukkan sijil vaksin digital yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera.

Hal ini disebabkan tidak mahu sesiapa menipu dengan menunjukkan kad vaksin yang palsu.

Bagi reward makan meatball free sebulan!

Kebanyakan netizen memuji tindakan pengawal keselamatan IKEA yang tegas dan perkara tersebut seharusnya dikuatkuasakan di semua tempat.

Bagaimana pula bagi yang ketiadaan telefon pintar?

Namun perkara ini menimbulkan kerisauan netizen yang mempunyai ibu bapa yang telah lengkap dua dos tetapi berdaftar sebagai dependent di aplikasi MySejahtera mereka.

Sudah tentu mereka tidak dibenarkan masuk memandangkan ketiadaan telefon pintar bagi tujuan pengesahan sijil vaksin digital.

Advertisement

Sumber: Twitter @pedoqpop

Continue Reading
Advertisement

Trending