Connect with us

Infozon

Padah Terlalu Mengikut Trend, Pemakai ‘Fake Braces’ Lebih Terdedah Dapat Jangkitan HIV

Pasti semua maklum bahawa kos untuk memasang pendakap gigi ataupun disebut sebagai braces, adalah agak mahal terutamanya jika mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta.

Kebanyakannya yang memakai pendakap gigi ini adalah untuk meratakan dan mengembalikan kedudukan gigi ditempat asal. Namun, ada yang mengambil kesempatan  dengan menawarkan perkhidmatan pemasangan dengan harga yang jauh lebih murah.

Ramai tak tahu kesan!

Jelas Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Doreyat Jemun, statitik untuk kes dan implikasi pemakaian pendakap gigi tiruan di seluruh negara adalah semakin meningkat.

Kebanyakan pesakit yang datang ke Klinik Kesihatan Pergigian Awam (KKPA) mengalami masalah implikasi akibat pemakaian pengakap gigi palsu daripada pihak yang tidak bertauliah.

 Pakai sebab murah, ikut trend!

Ramai orang awak terutamanya dari golongan remaja yang menggunakan perkhidmatan haram tersebut kerana harganya jauh lebih murah dan tidak perlu banyak procedur. Dalam tidak sedar, mereka telah membahayakan diri sendiri dengan terdedah kepada pelbagai risiko.

Jangkiran dengan pelbagai jenis penyakit berjangkit termasuk HIV juga adalah tinggi, kerana kebanyakan individu tidak bertauliah hanya memandang ringan terhadap kebersihan peralatan yang digunakan untuk memasang pendakap gigi kepada pelanggan mereka.

Murah, tapi tak ikut prosedur

Pemasangan pendakap gigi tiruan ini, kebanyakannya adalah individu yang tidak bertauliah, tidak mendapat kelulusan dan menjalankan perkhidmatakn tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya.

 

Walaupun begitu, memakai pendakap gigi tiruan dan murah ini, boleh mengakibatkan gigi menjadi semakin jongang dan ada juga kes yang menyebab kesemua gigi tertanggal.

Diingatkan terutamnya kepada orang awam terutamanya golongan remaja, agar mendapatkan rawatan pergigian diklinik-klinik yang diiktiraf sahaja. Malah, KKPA telah menawarkan perkhidmatan ortodontik, seperti pemasangan pendakap gigi dengan harga yang mampu milik dan paling penting dijamin selamat.

Sumber: Harian Metro.

 

Continue Reading
Advertisement

Trending