Connect with us

Infozon

Ozil Luah Derita Etnik Uighur, TV China Batal Siar Perlawanan Arsenal vs Man.City

Siapa yang tidak mengenali pemain bola sepak antarabangsa kelahiran Jerman, Mesut Ozil  yang terkenal di arena tersebut. Sentuhan berbisanya dalam pasukan Arsenal tidak dapat dipertikaikan lagi.

Lebih menarik, Ozil adalah seorang Muslim dan mengamalkan cara hidup sebagai seorang yang beragama Islam.

Persoalkan mengapa Etnik Uighur dilayan dengan teruk

Namun begitu, beberapa hari lepas, perkongsian Mesut Ozil dilaman sosialnya mengenai penindasan kerajaan China terhadap etnik Uighur telah mengundang persepsi yang pelbagai.

https://twitter.com/MesutOzil1088/status/1205439723302469632

China batal siaran langsung

Dia yang menyatakan secara terang sokongan terhadap etnik minoriti itu telah membuatkan kerajaan China berasa terpukul. Akibatnya, televisyen China telah melarang  tayangan secara live perlawanan Arsenal menentang Manchecter City yang dijadualkan berlangsung malam tadi.

Menurusi Bloomberg, salah satu saluran yang dimiliki oleh pemilik China tidak membenarkan siaran perlawanan tersebut dan digantikan dengan tayangan ulangan perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Wolverhampton Wanderers.

Keluarkan pendapat peribadi

Mesut Ozil juga turut menyuarakan rasa tidak puas hati kepada dunia apabila hanya berdiam diri ketika umat Islam ditindas dan kitab suci al-Quran diperlaku sewenangnya di China. Etnik yang teruk diseksa adalah masyarakat Uighur iaitu kelompok masyarakat Islam di negara republik tersebut.

Walau bagaimapun, perlawanan tersebut telah berkesudahan dengan Arsenal gagal menyerlah apabila tewas di tangan Manchester City dengan 3-0 sehingga tamat perlawanan.

Sumber :  Bloomberg, Arsenal, Mesut Ozil

 

Continue Reading
Advertisement

Trending