Connect with us

Inspirasi

Op COVID Berakhir, Frontliner Syukur Dapat Pulang Sambut Hari Lahir Anak Bongsu

Pelaksanaan PKP dan penutupan sempadan negeri di seluruh Malaysia, sudah tentunya menjadi detik bersejarah serta peristiwa yang bakal diingat oleh rakyat. Selama 85 hari rakyat tidak dibenarkan untuk merentas negeri dan buat pertama kalinya sambutan hari raya diraikan secara bersederhana sahaja.
Namun, tepat sahaja jam 12 malam tadi, PKPB telah melabuhkan tirainya dan segala sekatan jalan raya di sempadan negeri sudah dibuka semula. Maka, khidmat para anggota polis dan ATM yang telah berkorban masa dan tenaga juga telah berakhir.

Salah seorang anggota PDRM yang bertugas, Sarjan Azahar Ayub meluahkan perasaan leganya apabila Op COVID telah berakhir tepat jam 12 malam tadi.

 

Penolong Pegawai Penyiasat yang bertugas di Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar itu juga berkata, demikian berakhir tugasan yang dipikul selama 85 hari tanpa henti, dia begitu gembira kerana akhirnya dapat pulang untuk menyambut hari kelahiran anak bongsunya yang ke 11 tahun.

 

Lebih mengharukan dirinya apabila, seorang jururawat dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memberikan sebiji kek yang tertulis ‘TQ Frontliners’ buat dirnya dan rakan setugas yang lain sepanjang usahan memutuskan rantaian COVID-19.

Jelas beliau lagi, sepanjang 34 tahun terlibat dalam PDRM Op COVID antara tugas yang mencabar dan bakal menjadi lipatan sejarah dalam hidupnya.

Sumber: Astro Awani.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending