Connect with us

Sosial

Ngeri! Gigi Pesakit Terbelah Dua Gara-Gara Tabiat Kunyah Ais

CikKoin

Diterbitkan

pada

Tabiat mengunyah ais adalah bukan satu perkara yang baharu kita dan perbuatan ini sering dilakukan oleh kepada penggemar minuman ais sehingga ada yang dijadikan ia sebagai kudapan selepas makan.

Bagaimanapun, tanpa kita sedar sebenarnya tabiat itu mendatangkan pelbagai kesen buruk kepada kesihatan terutamanya kepada gigi dalam jangka masa panjang meskipun orang ramai sering memandang remeh terhadap perkara ini.

Menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik oleh @razzdental di laman TikToknya, dia berkongsi sebatang gigi yang rosak seorang pesakit diletakkan pada sebuah alas berwarna merah jambu.

Dalam video tersebut, kelihatan sebatang gigi milik pesakit dewasa terpaksa dicabut keluar dan gigi tersebut sudah terbelah dua yang dipercayai akibat tabiat mengunyah ais.

@razzdental

Siapa suka makan ice? 🫣 Tengok ni 😱#razzdental #dentalmalaysia #dentaltips #dentalhygienist #dentalassistant #dentist #braces #tiktokmalaysia #fyp #skudaijb

♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏 – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏

Sementara itu, tinjauan ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen terutamanya golongan yang kerap mengunyah ais meluahkan rasa ngeri apabila melihat kepada keadaan gigi yang sudah terbelah dua itu. Malah, netizen turut mengakui agak sukar untuk meninggalkan tabiat tersebut setelah sekian lama mengamalkannya.

Sumber: TikTok (razzdental)

Facebook Comments

Trending