Connect with us

Inspirasi

Netizen Tersentuh Lihat Tindakan Terpuji Wanita Ini Dodoikan Ibu Uzur Tidur

Sewaktu kita kecil dahulu, ibulah yang akan selalu memanjakan kita dengan perhatian dan belaian penuh kasih sayang, bagi memastikan kita gembira.

Tetapi apabila ibu sudah meningkat usia, ibu pula yang memerlukan perhatian daripada anak-anaknya. Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan momen seorang ibu uzur didodoikan oleh anaknya.

Anak pula dodoikan ibu…

Sunnguh menyentuh hati, dapat diperhatikan menerusi video tersebut dilihat si anak sanggup menggendong ibunya yang sudah uzur sambil mendodoikan ibunya bak bayi kecil.

https://www.facebook.com/jegeler.jegeler.1656/videos/273070200315600/

Jarang sekali kita melihat situasi seperti ini, kerana tidak ramai anak-anak yang sanggup untuk melayan kerenah ibu lagi-lagi yang sudah terlalu berusia dan banyak keperluan mereka.

Dalam seribu belum tentu ada anak macam ni

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi ramai, rata-rata meluahkan rasa terharu dan kagum melihat wanita di dalam video tersebut sangat menyantuni ibunya.

Besar ganjarannya kita berbakti kepada kedua orang tua, kerana sewaktu kecil ibu tidak pernah berasa terbeban mahupun jemu melayan kerenah kita sebagai anak.

Sumber : Jegeler Jegeler

Continue Reading
Advertisement

Trending