Connect with us

WOW

Netizen Puji, Pengantin Jadikan Perkakas Rumah Dan Barangan Elektrik Sebagai Hantaran

Sebut mengenai perkahwinan, selain melihat kedua-dua mempelai yang selalu menjadi perhatian terutamanya makcik-makcik bawang adalah hantaran.  Dari jumlah berbalas dulang sehingga jenama barangan tersebut turut diambil tahu.

Tetapi, dua hari lalu satu posting di laman Twitter telah menarik perhatian netizen, kerana keunikan barang hantaran yang telah diberikan oleh sepasang pangantin pada hari perkahwinan mereka.

Tak pernah terfikir nak buat macam ni…

Hantaran yang telah diberikan oleh pasangan pengantin itu adalah merupakan set kelengkap rumah seperti perkakas rumah dan banrangan elektrik. Sehingga kini tweet berkenaan telah mendapat sebanyak 19,800 ulang kicau dan 14,100 tanda suka oleh netizen di Twitter.

Sebelum itu, perkongsian tersebut telah screenshot daripada InstaStory seorang make up artis (MUA). Kemudiannya telah dimuat naik semula di akaun Twitter Ayu Kurus.

https://twitter.com/ayumijaissaki/status/1176113532296814593

Pelaburan masa depan yang bagus

“Lesung batu tu win!”

Idea yang bagus…

Perkara ini boleh dikatakan amat jarang berlaku kerana kebanyakkan akan berikan set penjagaan diri sebagai hantaran kepada pasangan mereka. Ramai yang suka dengan idea hantran pasangan ini dan rata-ratanya berkata bakal mengikuti idea berkenaan.

Nak lesung batu…

Risau makcik bawang pulak!

Ada yang bagitahu pasangan masing-masing

Walaupun sangat unik namun idea ini sangat bernas kerana hantaran ini boleh digunakan sebagai pemula kehidupan bersama di rumah sendiri.

Sumber: Ayumi Jaisskaki.

Continue Reading
Advertisement

Trending