Detik
Netizen Panas Hati Taman Tema Bakal Dibina Di Cameron Highlands

Sebuah taman tema bakal dibina di Cameron Highlands dengan pelaburan sebanyak 100 juta dijangka siap tahun 2023 ini mengundang pelbagai reaksi netizen.
Taman tema yang dilengkapi dengna permainan dan senibina Eropah itu dikatakan sesuai dengan cuaca sejuk di tempat peranginan terkenal itu.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri yang menyaksikan perjanjian antara Kumpulan Sim Leisure dengan Hektar Muda Sdn Bhd (pemilik tapak), yakin dengan projek itu berikutan kejayaan yang dicapai oleh taman ESCAPE yang sedia ada di Pulau Pinang dan Petaling Jaya, Selangor.
Cameron Highlands sudah ada tarikan tersendiri
Walau bagaimanapun, tidak semua pihak yang berpuas hati dengan cadangan tersebut.
Di Twitter, terdapat ramai netizen yang meluahkan ketidakpuasan hati mereka dan meminta supaya Cameron Highlands dikekalkan seperti sedia ada.
Tambah mereka lagi, pusat peranginan itu tidak memerlukan sebarang tarikan terbaru kerana ianya sudah pun memiliki tarikan tersendiri seperti ladang teh, strawberi serta cuacanya yang sejuk dan nyaman.
Jangan sentuh Cameron Highlands
Selain itu, projek pembinaan taman tema ini dikatakan boleh mengakibatkan insiden tanah runtuh dan ketidakseimbangan ekosistem di situ.
Projek taman tema bukan satu keperluan
Cameron Highlands dikatakan menjadi kediaman kepada lebih dari 177 spesies burung beserta haiwan dan tumbuhan tertentu dan sebarang pembinaan mega bakal mengakibatkan spesis-spesis flora dan fauna ini terancam.
Selamatkan Cameron Highlands!
Sebagai tanda bantahan terhadap projek itu, netizen telah melancarkan tanda pagar #SaveCameronHighlands beserta petisyen.
Sumber: Astro Awani, Twitter, Facebook Hajah Nancy Haji Syukri

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit