Connect with us

WTF

Netizen Berang, Gadis Bertudung Minum Arak Bersulam Coke Tanpa Malu

Masalah sosial yang berlaku dikalangan anak muda kini, boleh dianggap sudah berada ditahap kronik dan membimbangkan. Lebih merisaukan adalah, mereka seolah-oleh sudah sebati dalam diri dan menjadikannya sebagai satu budaya.

Mengejutkan ramai, sebuah video yang tersebar secara meluas di Facebook, merakamkan aksi seorang gadis bertudung, sedang menenguk arak bersama air bergas. Rakaman tersebut serta merta menjadi perhatian para netizen dan rata-ratanya berang dengan tindakanya tersebut.

“Ayuh… terus-terus!”

Video ini dipercayai telah dikenal pasti telah dirakam sendiri oleh kawan-kawan gadis berkenaan. Malah, menerusi video berkenaan berkemungkinan lokasi tersebut berlaku di Sabah.

Sehingga kini, video ini telah mendapat hampir 20,000 perkongsian dan juga lebih 12,000 komen oleh warga Facebook. Namun, kesahihan dan identiti gadis berkenaan masih lagi belum dikenal pasti.

Sangat memalukan!

Ekoran penyebaran video berkenaan, pelbagai pendangan dan juga kata-kata yang telah diluahkan terhadap aksi yang dilakukan oleh gadis berkenaan.

Benda haram dah jadi kebiasaan

Manusia akhir zaman…

Hormatilah agama sendiri!

“Sakit hati sendiri bila tengok…”

Diharapkan ibu bapa sentiasa memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka. Tambahan pula, gejala sosial sejak kebelakangan ini telah menjadi semakin teruk dan seperti tidak boleh dikawal lagi.

Sumber: Shankar K Nair III.

Continue Reading
Advertisement

Trending