Connect with us

Cute

Nenek Uzur & Bongkok Gigih Jalan Jauh Cari Kucing Jalanan, Untuk Diberi Makan

Kasih sayang itu mahal nilainya, ia bukan sahaja untuk dicurahkan kepada manusia tetapi untuk makhluk lain juga termasuk haiwan dan alam sekitar.

Seperti kisah seorang nenek tua ini, yang sanggup menempuh perjalanan yang jauh dengan keadaannya yang sudah uzur, namun masih gigih dia membawa makanan untuk dibahagikan kepada kucing-kucing jalanan.

Berjalan jauh bagi kucing jalanan makan

Video nenek uzur itu telah tular di media sosial, dapat diperhatikan nenek yang sudah bongkok kelihatan berjalan untuk ke tempat dia memberi kucing makan.

Kadang-kadang itu, kerana terlalu penat berjalan dia akan berhenti untuk menghilang lelahnya, sebelum menyambung semula perjalanannya.

Nenek Minah Usia 250 Tahun Setiap Hari Kasih Makan Kucing

Nenek Minah Usia 250 Tahun Setiap HariKasih Makan Kucing

Posted by Inspirasi Hidup on Wednesday, November 13, 2019

Hari2 dia bagi kucing makan

Menurut pemilik video tersebut, nenek itu tidak mahu menyusahkan orang dengan menghantarnya menaiki dengan menaiki kenderaan, malah lebih selesa berjalan sendiri.

Penduduk yang berada di sekitar memberitahu bahawa nenek itu memang selalu memberi kucing-kucing jalanan makan di kawasan tersebut.

Pergi merata tempat cari kucing jalanan

Malah, tidak hanya tertumpu pada satu tempat, nenek itu akan berjalan lagi ke tempat lain untuk mencari kucing jalanan yang kelaparan, begitulah dia menghabiskan masanya setiap hari.

Sehinggakan jika nenek itu sampai kucing-kucing itu bagaikan sudah tahu dan terus meluru ke arah nenek yang selalu memberi makanan. Disitulah nenek menghabiskan masanya bersama-sama dengan kucing-kucing jalanan.

Kita yang melihat berasa sayu, tetapi itulah kebahagiaan buat nenek uzur tersebut, apabila jelas riak wajah gembira dan senang dapat dia berkongsi rezeki dengan haiwan kesayangan Rasullah.

Sumber : Inspirasi Hidup

Continue Reading
Advertisement

Trending