Inspirasi
Nenek 77 Tahun Nekad Berhenti Kerja, Kini Seorang Model Popular

Ramai yang beranggapan, antara kriteria untuk menjadi seorang model perlulah mempunyai paras rupa yang cantik, serta bentuk badan yang ideal.
Kini tidak lagi apabila kerjaya tersebut mula memberi peluang dan membuka pandangan terhadap diri orang lain. Saiz bentuk badan, ketinggian, warna kulit dan juga usia telah diketepikan.
Seorang nenek daripada Korea Selatan ini telah tular di media sosial, apabila beliau menjadi salah seorang peragawati (model) tertua di sana.
Usia 77 tahun
Choi Soon Hwa merupakan seorang pengasuh yang bekerja di sebuah hospital. Choi menjelaskan, pekerjaan lamanya banyak menggunakan masa, sehingga beliau tidak sempat untuk menguruskan diri sendiri.
Pekerjaan sekarang adalah keajaiban untuknya…
Sebelum ini, Choi terpaksa membayar semua simpanannya untuk membayar hutang yang dipinjam. Beliau tekad untuk mengubah kehidupannya setelah melihat iklan komersial yang disiarkan oleh The Show Project yang merupakan salah sebuah agensi permodelan.
Usaha berjaya!
Walaupun beliau sudah berusia 77 tahun namun semangat beliau masih seperti orang muda yang tidak pernah mengenal erti berputus asa.
Beliau begitu bersungguh-sungguh sehingga mengambil beberapa kelas untuk menjadi model, Choi tidak mengambil masa yang lama untuk membiasakan dirinya.
Jadi diri sendiri…
Menurut Choi semasa di tempat kerja yang lama, beliau terpaksa mewarnakan rambut kerana tidak mahu menjadi buah mulut pesakit-pesakit di sana.
“Saya terpaksa mewarnakan rambut supaya mereka tidak mempersoalkan orang tua ini yang menjaga mereka”
Choi menjelaskan dia berasa gembira kerana boleh menjadi diri sendiri dan tidak perlu mewarnakan rambutnya lagi.
Derita dah berakhir…
Beliau pernah ditinggalkan ‘gantung tidak bertali’ oleh suaminya dan terpaksa bersusah payah membesarkan dua orang anaknya.
“Semasa hidup saya bergelar ibu tunggal, saya cuma mampu memakai baju yang sama sepanjang 20 tahun. Sekarang masanya untuk saya merasai kehidupan dan cuba untuk hidup sendiri.”
Sumber: NextShark

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit