Connect with us

WTF

Nekad Mahu ‘Mudik Lebaran’, Rakyat Indonesia Langgar ‘Roadblock’ Ramai2

Tak dinafikan lagi, ramai yang sedang mengenang nasib tidak dapat pulang beraya di kampung pada tahun ini disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang rakyat merentas negeri dan daerah.

Bagaimanapun, ada segelintir individu turut berkeras ingin mencari jalan supaya dapat juga beraya di kampung halaman dengan cara ingin mencuri-curi melepasi sekatan jalan raya.

Dalam pada itu, ramai juga yang menyatakan pendapat tindakan itu seakan mementingkan diri sendiri dan bimbang jika penularan wabak Covid-19 semakin meningkat.

Namun begitu, lain pula yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia apabila majoriti rakyatnya tidak mempedulikan arahan kerajaan yang menguatkuasakan perintah berkurung terhadap mereka.

Nekad langgar sekatan jalan raya untuk balik kampung

Menerusi sebuah video tular baru-baru ini, rakyat Indonesia dilihat menunggang motosikal beramai-ramai merempuhi ‘roadblock’ demi meneruskan tradisi ‘mudik lebaran’ untuk pulang ke kampung.

Advertisement

Bukan itu sahaja, si perakam video turut menyorak kepada pengguna-pengguna jalan raya yang menyerbu sekatan lalu lintas sehinggakan pihak polis terpaksa membenarkan sahaja semua penunggang melepasinya.

Orang Malaysia tolong guna akal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap rakyat Malaysia tidak melakukan ‘protes’ sedemikian dan mengingatkan agar menghormati ‘frontliners’ yang mengorbankan masa setiap hari bertugas demi kesejahteraan negara.

Advertisement

Sementara itu, ada juga yang berseloroh tentang perbuatan rakyat Indonesia yang dianggap tidak mengambil kisah tentang keseriusan pandemik Covid-19, asalkan dapat pulang beraya di kampung.

Semangat kesatuan Indonesia lain macam

Malaysia jangan hilang hormat dengan ‘frontliners’

Mati tanam aja, janji boleh rentas

Terdahulu, kerajaan Indonesia memutuskan larangan pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bagi mengelak jangkitan Covid-19 terus meningkat di negara berkenaan.

Sumber: Twitter @datukhensem

 

 

Advertisement

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending