Connect with us

Inspirasi

Netizen Lebih Laju & Prihatin Hulur Sumbangan Buat Artis Veteran

Industri seni tanah air sedang kecoh dan sibuk bertelagah sesama sendiri. Perkara ini mulai tercetus apabila beberapa orang artis Malaysia mula mengeluarkan kenyataan bahawa mereka juga memerlukan peruntukkan khas disebabkan PKP dan juga wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Namun, semua kenyataan tersebut telah dibidas kembali oleh para netizen dan menyatakan bahawa artis sewajarnya tidak diberi bantuan malah disebaliknya mereka perlu menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Done bantu Artis veteran. Tahniah kawan…”

Sejak semalam, tersebar secara meluas di media sosial mengenai seorang artis veteran yang lebih sanggup membating tulang mencari rezeki daripada meraih simpati serta bantuan orang ramai.

Di Twitter, seorang pengguna laman tersebut telah berkongsikan bahawa terdapat insan mulia yang bukan dari kalangan dunia seni menghulurkan bantuan keperluan asas kepada pelakon veteran berkenaan.

Siap kongsikan alamat rumah beliau…

Ini sepatutnya artis buat!

Sudah tentunya, usaha baik insan ini mendapat perhatian ramai dan ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata sindiran terhadap perkara yang melanda para artis Malaysia ketika ini.

Well done rakyat Malaysia!

Roslan Salleh yang kini sudah tidak aktif lagi berlakon lebih senang menjalankan perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bersama keluarga.

Kini dirinya meraih pendapatan dengan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buloh untuk dijual.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending