Connect with us

Infozon

Nasihat buat anda yang suka gunting rambut di kedai ane

Syok bile kepala kita direntap dan dipusing tengkuk apabila selesai menggunting rambut kan. Tapi tahukah anda, tindakan itu sebenarnya berbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan yang teruk?

Baca kenyataan yang ditulis oleh doktor Mahyuddin Mohamed di Facebooknya. Tak salah gunting rambut di kedai mamak. Cumanya kalau boleh elakkan tengkuk anda dari dipusing atau direntap oleh individu lain, baik cegah sebelum parah.

Okay, relax, relax…kreakkkk! Tengkuk kita direntap atau dipusing oleh si barber si tukang gunting rambut.

Sesetengah orang memang enjoy dan suka tengkuk mereka dipusing selepas bahu mereka dipicit-picit. Ahhh. begitu nikmat sekalikan?

Pernahkah anda mengalaminya? Saya pernah. Bahayakah tindakan ini?

Anatomi tulang tengkuk

Tulang tengkuk dikenali sebagai cervical vertebrae terdiri daripada 7 tulang kecil (cervical bone_ yang kompleks (C1-C7). Mereka dihubungkan antara satu sama lain melalui send-sendi antara mereka yang dikenali sebagai facet joints atau intervertebral joint.

Pada sisi kanan & kiri setiap tulang cervical ini terdapat anak saraf (nerve root) dan juga salur darah vertebral artery yang mengalirkan darah ke otak anda. Saraf ini disambungkan terusk ke dua-dua tangan anda. Ia memberikan kekuatan dan deria sentuhan kepada kedua-dua belah tangan anda.

Dari mana bunyi terhasil?

– Pergerakan pada facet joints menyebabkan vakum dan gelembung udara terhasil.

– Kekejangan (spasm) dan geseran antara otot tengkuk.  (stermocleidomstoid dan trapezius)

– Disk terkeluar (prolapsed cervical intervertebral disc) menyebabkan geseran antara dua tulang verterbra.

– Adhesion – tulang verterbrae yang melekat antara satu sama lain.

Bahayakah memusing tengkuk ini?

– Elakkan tengkuk anda daripada dipusing. Bagitau barber itu baik-baik.

– Secara teori, terdapat risiko-risiko jelas yang memungkinkan kecederaan dan kerosakan berlaku pada sendi, saraf dan salur darah jika ia dilakukan.

– Kajian lanjut perlu dilakukan bagi mendapatkan data yang konklusif mengenai perkara ini.

Nasihat Buat Anda Yang Suka Gunting Rambut Di Kedai Mamak2

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending