Connect with us

Infozon

Nasib Makin Terbela, Gelandangan Terharu Dihadiahkan Sepasang Baju Raya

Sebelum ini, gelandangan-gelandangan di ibu negara diselamatkan dan ditempatkan di pusat trasit gelandangan sebagai langkah membendung penularan COVID-19 oleh kerajaan Malaysia.

Mereka telah diberikan tempat tinggal, makan dan minum serta kemudahan asas termasuk khemah kubik)bagi setiap seorang bagi tujuan penjarakan sosial dan privasi. Malah, pemeriksaan kesihatan turut dibuat untuk memastikan mereka semua bebas dari sebarang penyakit dan wabak yang menular ketika ini.

YB Menteri Wilayah Persekutuan sumbang baju raya!

Semalam, Tan Sri TPr Haji Annuar bin Haji Musa dilaporkan telah  bersama-sama berbuka puasa bersama gelandangan di salah satu pusat transit ibu negara.

Beliau juga dilihat turut mengagihkan pemberian baju raya kepada gelandangan-gelandangan yang berasa di situ dan disertai oleh YBhg. Datuk Hajah Rosidah binti Jaafar, Ketua Setiausaha KWP.

Pemberian baju raya kepada gelandangan

 

Cuba baju raya yang telah disumbangkan

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan itu pernah berkata bahawa gelandangan ini akan ditawarkan pekerjaan di sektor perkilangan atau pekerja am bagi memastikan golongan itu tidak kembali merempat selepas tamat tempoh PKP berakhir.

Sudah tentunya, perkara ini amat menggembirakan rakyat Malaysia kerana nasib golongan kurang bernasib baik ini kian terbela dari semasa ke semasa. Setiap musibah yang melanda, pasti ada hikmah buat golongan yang tak terbela.

 

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending