Connect with us

WTF

Nama Dipersenda Jadi Bahan Jenaka, Babi Fly Tampil Sekolahkan Netizen Malaysia

Nama dan panggilan seseorang itu sudah tentunya mempunyai makna yang tersendiri. Lebih menariknya, gelaran ini diberikan oleh ahli keluarga yang sudah tentunya menggamit nilai sentimental terhadap panggilan yang diberikan.

Terdahulu, kecoh apabila kebanyakan rakyat Malaysia mempersendakan artis antarabangsa iaitu Dua Lipa, apabila menggelarkan bapanya sebagai ‘Babi’. Sehinggakan, ruangan komen di Instagram Dua Lipa sendiri dipenuhi dengan rakyat Malaysia yang menjadikan bapanya sebagai bahan jenaka.

“Kat dunia bukan ada satu bahasa je…”

Ekoran dari kes Dua Lipa berkenaan, ramai yang dilhat tampil dan menyuarakan pendapat dengan berharap agar perkara ini tidak lagi berulang kerana sekali gus telah membusukkan nama negara di mata orang luar.

Tetapi malangnya, perkara ini jelas terjadi sekali lagi apabila nama seorang gadis Korea dipersendakan oleh rakyat Malaysia gara-gara nama samarannya ‘Babi Fly’. Sehinggakan, gadis Kpop ini terpaksa menutup ruangan komennya kerana tidak tahan dengan ‘serangan’ yang bertalu-talu oleh rakyat Malaysia.

“Babi paling lawa kat dunia…”

“Tukarlah nama panggilan tu, macam mencarut pulak…”

“Rakyat Malaysia yang persenda nama saya, sila baca…”

Ekoran dengan kejadian ini, Babi Fly telah memuat naik sebuah status di Instagram miliknya dan berharap agar rakyat Malaysia yang mempersendakan namanya membaca luahan tersebut.

Benar, di dalam dunia ini memiliki pelbagai bahasa dan maknanya yang tersendiri. Jadi, hormatilah kaum dan bangsa yang lain kerana ia langsung tidak merugikan.

Sumber: Instagram.

Continue Reading
Advertisement

Trending