WTF
“Nak tegur serba salah…” – Inilah Dia, Si Jiran Bawa Lauk Ke Rumah Gadis Tiktok

Sejak semalam, berlegar-legar di sosial media rakaman video yang memaparkan seorang gadis yang sedang ‘asyik’ bertiktok tidak sedar akan kehadiran jiran yang mahu menghantar juadah berbuka.
Memang lucu, apabila gadis itu yang perasan jiran yang merupakan seorang pemuda berbaju hitam ‘terpaku’ di belakang menyaksikan dia bertiktok membuat gadis berkenaan berlari bagai tak cukup tanah kerana malu.
Disebabkan sudah semakin tular, jadi identiti si gadis tiktok dan jiran bawa lauk sudah dapat dikenali pasti, menerusi balasan komen dan retweet mereka.
I lari lintang pukang masuk rumah
Selepas tular di Twitter, gadis tiktok itu pun muncul dengan nama akaun Edrinabadr1, menceritakan apa yang berlaku lepas dia tak sengaja ‘bertiktok’ depan jiran.
Ayah yang tolong ambilkan
Akulah tu…
Mesti ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan jiran berbaju hitam membawa makanan? Haa jumpa dah! Rupanya jiran dia pun perasan video viral itu.
https://twitter.com/hazimmmm_/status/1260377637895036928
Tunggu habis tiktok baru nak tegur
Mengakui dialah jiran tersebut menerusi retweetnya di video tular berkenaan, dengan nama akaun Hazim Rusnan. Jadi ramai la yang mempersoalkan kenapa dia boleh ‘tercengang’ di belakang gadis tiktok itu.
Sebenarnya, Hazim ingat nak tunggu habis tiktok baru nak tegur, tapi belum sempat buat apa-apa, lepas gadis itu perasan dia kat belakang terus lari masuk rumah.
Serba salah nak bagi salam
Rupa-rupanya, mak Hazim suruh hantar tauhu bergedil dekat rumah gadis tersebut yang difahamkan baru pindah dekat kawasan perumahan itu.
Mak suruh hantar tauhu bergedil
Adoi memang kelakar betul! Tak apa, lepas ini korang berkawanlah, mana tahu boleh buat tiktok sama-sama.
Sumber : Hazim Rusnan & Edrinabadr1

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit