Connect with us

Infozon

Nak kekal kurus walaupun makan banyak? Nah, ini rahsianya

Kita semua ada rakan yang melawan semua teori kalori dan penambahan berat badan. Apa yang dimaksudkan adalah rakan yang makan dua (2) pinggan nasi setiap hidangan, lima (5) ketul ayam KFC sehari tanpa naik walau 1kg berat badan mereka. Mereka tidak pernah makan salad atau melangkau hidangan seperti yang dilakukan oleh kita untuk kurus. Bagaimana mereka lakukan?

Ambil masa

Jangan gelojoh ketika makan! Lengah-lengahkan masa untuk menghabiskan makanan anda. Ini kerana, kajian yang dilakukan oleh Cara Stewart, pakar nutrisi dan diet, otak dan perut kita hanya boleh kesan rasa kenyang hanya selepas 20 minit. Anda boleh cuba kunyah makanan anda 40 kali seperti sunnah Rasulullah SAW dan juga cuba berbual ketika makan dengan rakan anda. Jika anda berusaha melambatkan masa untuk menghabiskan makanan anda, pengambilan kalori anda akan berkurang dan dapat membantu anda untuk merasa lebih kenikmatan setiap suapan.

Jangan kerap manjakan diri

Sesetengah pakar mencadangkan anda supaya manjakan diri anda sekali seminggu dengan makanan yang anda inginkan setelah penat bersenam selama seminggu. Cara ini tidak digalakkan sangat, ini kerana cuba bayangkan segala usaha anda untuk bakar lebih 2000 kalori selama seminggu akan musnah dalam masa sehari hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu makan anda. Sebaliknya, cuba manjakan diri anda dengan makanan pada hari yang istimewa seperti Hari Raya Aidilfitri dan majlis perkahwinan.

Rehatkan badan anda

Tidur yang tidak mencukupi akan menganggu keseimbangan hormon yang mana akan mengakibatkan kenaikan dalam berat badan. Dalam satu kajian, wanita yang tidur yang kurang dari 6 jam dan lebih daripada 9 jam akan mengakibatkan kenaikan berat badan sebanyak 5kg berbanding wanita yang tidur 7 jam semalaman. Manakala lelaki, tidur yang tidak mencukupi akan mengakibatkan pengambilan makanan seharian dan pilihan untuk makan makanan yang tinggi kalori akan meningkat. Pastikan anda tidur secukupnya. Lagipun, tidur itu nikmat!

Amal diet Malaysia

Adalah lebih baik jika anda amalkan diet masakan Malaysia seperti Nasi Beriyani, Nasi Ayam dan lain-lain yang selalu disediakan oleh kebanyakkan restoran di Malaysia dan bukannya mengamalkan diet barat seperti salad dan ayam bakar. Ini kerana, kos untuk pengambilan diet barat adalah lebih mahal berbanding diet Malaysia. Seminggu dua anda masih lagi mampu makan masakan barat, tetapi minggu-minggu terakhir sebelum gaji semestinya poket anda tidaklah tebal seperti minggu pertama. Oleh demikian, adalah lebih baik anda makan Nasi Kerabu yang dijamin mengenyangkan anda dan lazat berbanding Salad Sayur yang belum tentu akan membuat anda kenyang dan serasi dengan citarasa anda sebagai orang Melayu. Tetapi ingat! Pastikan pengambilan kalori anda tidak melebihi keperluan seharian.

Elak junk food

Junk food ialah makanan mempunyai kandungan nutrisi yang rendah, kebiasaannya dihasilkan dalam bentuk snek yang memerlukan sedikit atau tiada persiapan. Contoh junk food adalah kentang goreng daripada Mc’ Donald. Junk food tidak sihat untuk tubuh badan anda, kerana ianya mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi, lemak yang tidak sihat dan garam (sodium). Junk food kebiasaannya mengandungi kalori yang tinggi tetapi memberikan sedikit atau tiada nilai nutrisi kepada anda. Ingat! terdapat perbezaan bagaimana badan anda menggunakan beribu kalori yang datang dari junk food berbanding beribu kalori daripada makanan yang sihat atau segar. Jadi, pastikan anda mengisi perut anda dengan makanan yang sebenar yang penuh dengan khasiat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending