WTF
Obses Berjimat, Wanita Guna Semula Tisu Tandas Selepas Lap Tangan

Untuk meneruskan hidup pada zaman ini bukanlah satu perkara yang mudah, lagi-lagi kalau individu tersebut menetap di bandar besar seperti New York.
Seorang akauntan berjaya dari Amerika, Kate Hashimoto hanya membelanjakan sebanyak AS$200 (kira-kira RM846) sebulan sebagai perbelanjaannya di bandar itu.
23 tahun tak shopping baju, basuh pakaian sambil mandi
Bagi membolehkan dia terus menetap di New York, Kate hanya berbelanja apabila perlu dan boleh dikatakan tidak berbelanja langsung apabila kali terakhir dia membeli pakaian adalah 23 tahun yang lalu.
“Saya tinggal di New York selama tiga tahun dan walaupun ia antara bandar termahal untuk didiami tetapi saya ada cara untuk mengatasinya.
“Saya akan elakkan mengeluarkan wang serta cuba membelanjakan wang seminimum mungkin,”
Bukan itu sahaja, Kate hanya membasuh pakaiannya menggunakan air mandian yang ditadah di ruangan tab mandi.
Kaedah tersebut menjimatkan sabun dan bil air yang perlu digunakannya.
Rahsianya ‘dikantoikan’ oleh rancangan televisyen, TLC Extreme Cheapskates yang menampilkan ramai individu yang memiliki obsesi untuk berjimat.
Guna semula tisu tandas
Menerusi rakaman video di laman Youtube, Kate dilihat menyimpan tisu tandas yang telah digunakan untuk mengelap tangan ke dalam begnya.
Menurut wanita itu, tisu tersebut adalah bersih dan masih boleh digunakan.
Dekorasi ala minimalis
Lebih mementingkan praktikal, Kate hanya akan ‘membeli’ perabot di tempat pembuangan sampah dan memilih tikar yoga sebagai alas untuk tidur.
“Saya disuruh untuk melakukan pelbagai perkara”
Menurut Kate dalam satu temubual, dia sememangnya sentiasa berjimat dalam setiap perbelanjaannya namun ketika rancangan tersebut dirakam, dia disuruh untuk melakukan pelbagai perkara yang aneh.
Rakaman tersebut telah menyebabkan dia menerima banyak kecaman daripada penonton sedangkan menurut Kate rancangan realiti bukanlah realiti kehidupan yang sebenar, tapi hanyalah adaptasi daripada kehidupannya.
Sumber: The Sun

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit