Connect with us

WTF

Nak Jimat Duit, Wanita Kekal Tenang Bawa Periuk Nasi Ke Restoran

Baru-baru ini, seorang wanita di Indonesia menjadi tular di laman sosial apabila memuat naik video memaparkan dirinya membawa periuk nasi sendiri ketika sedang makan di sebuah restoran di Jakarta.

Dalam perkongsiannya di TikTok itu, wanita yang dikenali sebagai Beth tersebut dilihat secara bersahaja membawa periuk nasi ke dalam restoran KFC.

@aquarius.beth

bacot kelen semua jadiin aku pemenang sound ini cepat!!! Gak rame ku hapus bye!!!

♬ Goodbye (feat. Lyse) [Slow Version] – Feder

Pada mulanya dia hanya memesan lauk pauk tanpa nasi kepada pelayan restoran. Sebaik mendapat pesanannya, dia terus membuka periuk nasi dan menyenduk nasi yang sudah siap dimasak ke dalam pinggan.

Advertisement

Walaupun ramai yang lalu-lalang, dia tidak menghiraukan kelibat orang di sekeliling, tebalkan muka dan makan dengan tenang.

Tindakannya itu dipercayai kerana ingin berjimat-cermat sewaktu makan di restoran. Ya lah, dah bawa nasi dari rumah tidak perlulah keluarkan duit lebih untuk beli nasi di kedai. Bijak!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur menyaksikan aksi wanita terbabit dan meninggalkan komen berbaur lucu.

Bawa tupperware kan senang

Dia normal, kita…

Mesti mak cari periuk nasi di rumah

Kenapa bawa periuk nasi?

Jom biasakan bawa periuk nasi ke KFC

Siapa sangka ada juga orang yang sanggup bawa periuk nasi ke restoran sedangkan boleh sahaja gunakan bekas makanan untuk simpan nasi.

Sumber: TikTok @aquarius.beth

 

Advertisement

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending