Connect with us

WOW

Nak Elak COVID-19 Pengantin Buat Tema Majlis ‘Drive-Thru’, Tetamu Tak Keluar Kereta

Gara-gara gejala penularan virus COVID-19, kini banyak acara tergendala malah ada dalam kalangan pasangan yang ingin berkahwin pun terpaksa menangguhkan majlis bagi mengelak risiko jangkitan.

Bagaimana pun, lain pula dengan pasangan pengantin yang dikenali sebagai Ikin dan Mon, yang tetap meneruskan juga majlis tetapi masih mengambil langkah-langkah pencegahan.

Majlis kahwin drive-thru

Justeru, bagi meneruskan juga acara secara selamat, pengantin telah memilih tema yang belum pernah lagi dibuat orang iaitu tema majlis ‘Drive-Thru’.

Jadi tetamu yang datang tak perlu keluar daripada kereta pun dan tidak perlu berkumpul beramai-ramai, cukup setakat lalu jumpa pengantin.

Tak salam, cukup angkat tangan sahaja

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, pengantin dan tetamu tidak bersalaman tetapi hanya meletakkan tangan didada sebagai salam hormat.

Selepas daripada itu, pengantin sendiri yang mengedarkan makanan kepada para tetamu yang hadir tanpa perlu keluar daripada kereta, memang macam ‘drive-thru’.

Duit salam masuk dalam tabung

Malah, duit salam ditukar kepada tabung sumbangan, dimana tetamu yang hadir boleh terus memasukkan sahaja duit ke dalam kotak yang disediakan.

Kreatif juga cara macam ni, sebabnya nak tunda majlis pun susah juga sebab persiapan semua dah siap. Lagi pun keadaan COVID-19 kita belum tahu lagi sampai bila akan reda.

Sumber : Dinas Bridal & Zenuz Production

Continue Reading
Advertisement

Trending