Sekeping gambar dikongsi seorang pengguna laman Twitter, Courtney Lee Johnson yang tular sejak Khamis lalu apabila kelihatan lelaki tersebut berdiri di lorong kabin pesawat ketika menaiki penerbangan jarak jauh.

Menerusi posting tersebut, Courtney menyifatkan tindakan luar biasa lelaki itu adalah bukti cinta terhadap isteri kesayangan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen menyatakan isteri lelaki itu ada seorang yang pentingkan diri sendiri.

“Itu bukan cinta. Ada ke syarikat penerbangan membiarkan penumpang berdiri selama enam jam dalam pesawat?” tanya seorang netizen.

Sumber : The Sun