Connect with us

Infozon

‘Nak Atasi Rabun Kena Makan Supplement? Korang Dah Kena Kencing Selama Ini’

Sekarang ni supplement apa je yang tak ada jual? Semua supplement ada. Supplement nak tinggi pun ada sedangkan bila dah capai umur tertentu anda makanlah apa sekali pun memang dah tak akan tinggi. Dan ini fakta okay! Jadi bukan jangan tertipu pasal nak tinggi je, pasal rabun pun jangan tertipu. Sebab penerangan optometrist ni cakap rabun tak boleh hilang dengan minum atau makan supplement.

Pertama sekali, terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan sedikit luahan aku ini. Aku jarang meluahkan perasaan aku di media sosial. Tapi aku rasa terpanggil untuk berkongsi disebabkan sejak kebelakangan ini aku tak tahan sangat melihat segelintir masyarakat sekeliling aku ditipu. Aku seorang optometris. Graduan UIA batch ke 8.

Baru-baru ini aku didatangi seorang customer wanita pertengahan 30an.

“Nak check mata boleh tak? Kena bayar tak?
“Boleh. Free ja. Buat spek baru bayar”, aku bergurau.

Selepas pemeriksaan mata selesai
“Berapa power saya?”tanya dia
“-2.25. Tinggi ni puan. Kenapa puan tak pakai spek?”

Tanpa menjawab pertanyaan aku, dia tersenyum lalu berkata,
“Alhamdulillah. Dulu -2.50, sekarang dah turun.”

Dalam hati aku, mesti customer ni ada ambil supplement atau ubat titis mata yang kononnya boleh turunkan power mata.

Maka sebagai optometris yang mahu kepastian dan tegakkan kebenaran, aku bertanya.
“Puan ada ambil supplement mata apa-apa ke?”
Dengan muka tersenyum & penuh kebanggaan, dia menjawab, “Iya”.

Aku bertanya lagi, “E** ***** ke?”
“Iya..Oh, awak tahu juga ea”
“Mestila saya tahu. Saya optometris. Semua produk dan supplement itu bohong belaka puan..Janganlah beli. Rugi duit puan je.”

Dengan nada marah beserta jelingan dia membalas,
“Awak tu jual cermin mata kan. Sebab tu awak dengki sebab kalau semua orang tak ada rabun, cermin mata awak tak laku”.

Kemudian dia terus beredar. Mungkin cara aku menegur itu terlalu terburu-buru atau outspoken. Cuma aku nak tegaskan di sini. Produk-produk yang sekarang semakin aktif di jual di pasar-pasar atau online sebenarnya tidak merawat rabun mahupun penyakit-penyakit mata. Macam-macam mereka claim. Kononnya boleh hilang rabun la, silau la, astig la, amblyopia la, katarak la, glaucoma la. Come on, aku belajar 4 tahun kot pasal mata. Pening kepala kadang-kadang nak faham benda-benda alah ini.

Korang yang jual semua ini senang-senang claim sesuka hati, sedangkan korang tak tahu pun secara mendalam pasal semua tu. Cuba korang fikirkan, kalau betul rabun boleh diubati dengan sebegitu mudah, kenapa Prof Muhaya tak keluarkan sendiri produk brand dia. Mesti lagi laku gila berbanding korang punya produk. Kenapa tak ada testimoni dari doktor mata di hospital kerajaan. Kenapa tak ada SEORANG doktor mata pun yang sarankan produk korang. Boleh fikir logik kan testimoni entah pape lagi.

“Bangun pagi marah2 kawan yang suggest E** ***** sebab pakai spek pening kepala. Rupanya power dah tak ada”

“Balik sekolah terus buang spek dalam sungai”

Ini semua testimoni yang kadang-kadang aku pon geram bila baca. Rumah takde tong sampah ke sampai nak kena cari sungai. Ingat buang saka ke nak cari-cari sungai. Semua ni bohong. Mereka yang menjual adalah penipu. Mereka yang membeli adalah tertipu. Jangan terpedaya dengan penunggang agama ini. Bunyi produk islamik sikit percaya. Ada selawat sikit percaya. Pakai kopiah sikit percaya. Hmmmm perlu diingat, power mata yang di check pada mesin scan power mata adalah tidak tepat sama sekali. Itu cuma anggaran power. Power yang di scan boleh berubah setiap kali scan. Setiap saat. Pagi, petang pun boleh berubah.

Jarak dahi yang tak tetap dengan penyandar dahi di mesin scan power mata tu pun boleh buat power berubah. Jadi jangan taksub sangat dengan kertas power yang di print itu. Rabun tak ada kaitan dengan makan karot. Rabun tak ada kaitan dengan kelancaran peredaran darah pada mata. Mata yang tidak rabun bukan bermaksud mata sihat. Sihatnya mata tidak ada kaitan LANGSUNG dengan rabun. Rabun bukan penyakit. Kalau nak lebih faham tentang rabun, rujuklah optometris. Tanya orang yang check mata anda tu. Adakah dia Optometris???

Hanya optometris yang boleh huraikan apa itu rabun, kenapa power naik, power turun, apa itu rabun dekat, astigmatism, katarak, glaukoma. Hanya optometris mampu menjawab semua persoalan, salah faham dan mitos tentang penglihatan ni. Tak kisahlah optometris tu graduan dari 7 universiti ini (UKM, UIA, UITM, MSU, SEGI, UCSI, THONEH). So aku berharap sangat2 kepada pengguna luar sana, fikir-fikirkanlah. Jangan mudah terpedaya dengan testimoni-testimoni yang kadang tak logik akal. Itu saja luahan dari aku. Harap luahan aku ni akan membuka sedikit kesedaran pada umum. Sekian terima kasih.

p/s: Maaf kalau bahasa agak kasar. Sebab kadang2 tak tahan dengan golongan2 yang menipu ni.

Sumber : IIUMC

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending