Connect with us

WOW

Mydin Dan Jaya Grocer Buka 30 Minit Awal Khas Untuk Warga Emas & OKU

Wabak koronavirus semakin meningkat di Malaysia. Disebabkan perkara ini, orang ramai menjadi panik dan terus ke pasaraya berdekatan bagi membeli barang sebanyak yang mungkin.

Namun menjadi satu masalah apabila barang tersebut telah habis dan tidak sempat dibeli orang lain terutama warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Bermula 18 Mac dan seterusnya, Mydin di USJ 1 dan outlet Jaya Grocer akan dibuka 30 minit awal untuk warga emas dan OKU bagi membeli beli dalam persekitaran yang tidak sesak.

Waktu pembukaan diumumkan oleh Perintah Pengawalan Pergerakan untuk membendung Covid-19 di Malaysia. Mydin di USJ 1 akan dibuka dari 7.30 pagi.

SJ Echo membuat posting sebuah video di Facebook semalam dimana pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings, Ameer Ali Mydin meminta orang ramai untuk menggelakkan pembelian ketika panik dan beli apa yang diperlukan sahaja.

“Di dalam situasi seperti ini, jika anda membeli barang dengan banyak, anda akan menghalang yang lain daripada membeli apa yang diperlukan. Dalam waktu begini, kita perlu membantu antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya lagi, bekalan keperluan asas mencukupi jadi tidak perlu berasa panik. Mydin juga menyediakan kaunter pembayaran untuk warga emas dan OKU bersama pekerja yang akan membantu mereka turun ke tingkat bawah.

Pada masa yang sama, outlet Jaya Grocer akan dibuka dari 9.30 pagi dan seterusnya untuk warga emas, penjaga mereka dan yang lain. Pembukaan istimewa akan bermula pada hari Rabu, 18 Mac hingga 31 Mac.

Sumber: Says

Continue Reading
Advertisement

Trending