Connect with us

Cute

“My Baby Sitter” -Gelagat Si Oyen Mengasuh ‘Adik’ Mencuit Perhatian Ramai!

Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, pastinya kelahiran cahaya mata amat ditunggu-tunggu. Namun, bagi sesetengah pasangan, sementara menunggu ketibaan cahaya mata mereka akan membela haiwan peliharaan untuk sebagai penyeri rumah tangga mereka.

Antara haiwan yang sering menjadi pilihan hati orang ramai sebagai haiwan peliharaan adalah kucing. Seorang pengguna lan Facebook telah berkongsikan keletah kucingnya, yang dikatakan menjadi baby sitter kepada anaknya kecilnya dari lahir sehingga sudah agak besar.

Suka jaga adik tanpa disuruh!

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Scha Malaika ini, telah berkongsikan beberapa keping foto kucing Oyen miliknya yang sedang menjaga anak kecilnya itu.

Si Oyen memang cerdik!

Gambar-gambar ini kemudiannya telah menarik perhatian pengguna laman sosial itu, dan rata-ratanya sangat kagum dengan gelagat kucing yang sedang menjaga “adiknya” itu.

Pandai betul jaga adik!

Tidur pun bersama, dekat pulak tu dengan adik dia

Tak kisah, selalu layan adik main bersama

Rata-ratanya pengguna Facebook amat terhibur dengan perkongsian wanita berkenaan. Ada juga yang menyatakan bahawa mereka juga memiliki kucing yang bersifat seperti Oyen diatas.

Sehingga kini, posting berkenaan telah mendapat hampir lebih 3,600 perkongsian oleg warga Facebook.

Sumber: Scha Malaika

Continue Reading
Advertisement

Trending