Connect with us

Inspirasi

Muslim di Australia Derma 36 Ribu Botol Air Pada Anggota Bomba Yang Bertugas

Kebakaran yang melanda hutan di Australia sejak kebelakangan ini telah merisaukan rata-rata penduduk dunia. Dikhabarkan juga, kebakaran tersebut telah menyebabkan hampir 500 juta haiwan mati.

Kini, pihak berkuasa terutamanya para anggota bomba sedang bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran yang melanda yang tercetus dari bulan Ogos tahun lepas.

Derma sebanyak 20 palet air

Usaha keras anggota bomba berkenaan yang memadam kebakaran yang melanda negara itu menyebabkan sekumpulan muslim menderma sebanyak 36,000 botol bekalan air kepada anggota yang bertugas.

Perjalanan sejauh 200 KM

Bekalan air tersebut telah di datangkan dari Sydney yang bergerak sehingga 200 KM ke tempat kejadian iaitu Shoalhaven. Idea dan tindakan ini serta merta telah meraih pujian daripada orang ramai.

Dikhabarkan kini, negara Australia telah dibasahi dengan air hujan pada siang tadi. Perkara ini dianggap sebagai satu petanda yang baik untuk meredakan kebakaran yang melanda.

Sangat menyanyat hati apabila melihat haiwan-haiwan liar disana mati dan merana dalam kebakaran tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar keadaan menjadi semakin pulih dan kembali seperti sedia kala.

Sumber: Daily Mail.

Continue Reading
Advertisement

Trending