Connect with us

Berita

Musim Kemarau Di Rantau Asia Dijangka Berterusan Sehingga Oktober Ini, Malaysia Sudah Bermula

CikKoin

Diterbitkan

pada

Baru-baru ini, Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC) mengumumkan, musim kemarau rantau  Asia Selatan yang disebabkan oleh Monsun Barat daya sudah bermula dan dijangka akan berterusan sehingga sehingga Oktober ini.

Antara wilayah-wilayah Asia Selatan yang akan menerima impak daripada musim kemarau ini adalah Brunei, Indonesia, Singapura, selatan Thailand dan termasuklah Malaysia.

Malah, hujan lebat dijangka bakal berlaku antara Julai dan Oktober tahun ini ke wilayah Asia Selatan yang disebabkan oleh dua fenomena iklim iaitu fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD).

Meskipun pada separuh pertama tahun ini lebih kepada  keadaan cuaca pada yang basah di beberapa bahagian Asia selatan, tetapi ancaman kebakaran dan jerebu akibat cuaca panas serta kering yang berpanjangan  berpontensi akan berlaku untuk tempoh  beberapa bulan akan datang.

Bagaimanapun, ASMC turut menjangkakan keadaan jerebu di rantau Asia Selatan pada tahun ini  tidak akan berlaku sepertimana keadaan jerebu pada tahun 2015 dan 2019.

Sumber: Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC)

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending