Connect with us

Infozon

Murid Menangis Cuci Muntah Sendiri, Rakan2 Pujuk Sambil Lapkan Air Mata

Sekolah merupakan tempat anak-anak menimba ilmu dan juga erti kehidupan. Oleh itu, sebagai gur, banyak jasa mereka dalam menerapkan nila-nilai murni dalam diri mereka.

Oleh itu, menerusi perkongsian yang diperoleh daripada Twitter, seorang kanak-kanak sedang menangis namun tangannya pantas membersihkan lantai selepas dia termuntah.

Buat kerja sambil menangis

Menurut muat naik itu, kanak-kanak tersebut membersihkan lantai sendiri sehingga bersih selepas diarahkan guru. Walau pun menangis dia tetap berjaya menyempurnakan arahan dan nilai tanggungjawab dalam diri berjaya disemai.

kawan-kawan datang lap air mata

Selepas kanak-kanak itu selesai membersihkan muntahnya, dia kembali ke tempat duduknya di dalam kelas dan telah didatangi oleh rakan-rakan yang cuba memujuk dia daripada terus menangis.

 

Walaupun terlihat kasar oleh masyarakat luar, namun ia bukanlah sesuatu yang asing oleh masyarakat di Thailand berhubung memberikan arahan kepada pelajar seperti itu kerana ia adalah salah satu didikan di sekolah mereka.

Guru-guru disana bukan sahaja mendidik dari segi akademik bahkan mengajar mereka nilai-nilai murni menerusi teladan seperti mencuci muntah sendiri yang boleh dikaitan dengan nilai tanggungjawab.

Sumber : warnaa

 

Continue Reading
Advertisement

Trending