Connect with us

Infozon

Mula2 Besar Biji Kacang, Anak Gusar Ketumbuhan Mata Ibu Pecah & Makin Parah

Hati anak mana yang tidak pilu, apabila melihat ibu yang dikasihi menderita penyakit kronik. Itulah yang dirasai oleh Mohamad Saupi Yusof, 36, setelah ibunya menderita ketumbuhan di mata kanan.

Bercerita mengenai kondisi ibunya, Che Mariam Idris, 65, yang merupakan ibu tunggal, awalnya ketumbuhan yang dialaminya hanyalah sebesar saiz biji kacang.

Ingatkan bengkak biasa jer

Justeru, dia menyangkakan ia hanyalah bengkak biasa memandangkan dia mempunyai penyakit resdung dan membawanya mendapatkan rawatan di klinik.

Namun, selepas tiga bulan Saupi mendapati biji di bahagian mata ibunya semakin membesar seperti bola tenis dan ia kelihatan seperti ketumbuhan, membuatkan dia menjadi bimbang.

“Bengkak di mata ibu semakin membesar seperti ketumbuhan kanser dan bimbang ia menjadi semakin serius, saya membawa ibu mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu pada November tahun lalu…”

https://youtu.be/Y8oq1ZTMOPA

Ibu takut nak buat rawatan

Setelah dirujuk pihak hospital, ternyata ibunya disahkan kanser, akan tetapi keadaan menjadi lebih teruk apabila ibunya takut mahu mendapatkan rawatan, sedangkan doktor telah menyarankan ketumbuhan itu segera dibedah.

“Setakat ini, ibu tidak membuat sebarang rawatan lanjut termasuk rawatan kimoterapi. Saya dan adik beradik yang lain, sudah beberapa kali memujuk ibu supaya meneruskan rawatan di hospital kerana bimbang kanser itu semakin mengganas, tetapi ibu tidak mahu sebaliknya mahu mengubati penyakitnya itu menggunakan kaedah perubatan secara tradisional…”

Ketumbuhan mula pecah

Lebih parah lagi, ketumbuhan berkenaan mula pecah sehingga menyebabkan mata kanan ibunya seakan berlubang dan terpaksa menutupnya setiap masa dengan kain, bagi mengelakkan jangkitan serta dihinggap lalat.

Justeru, kini Supian terpaksa berhenti kerja demi menjaga ibunya dengan mencuci mata ibunya tiga kali sehari untuk memastikan tiada jangkitan kuman.

Tidak bekerja dan hilang punca pendapatan, Supian kini hanya mengharapkan bantuan untuk menampung kos membeli keperluan ibu termasuk alatan mencuci selain susu khas dan kos perubatannya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban boleh menghubungi Mohamad Saupi Yusof di talian 019-2184182.

Sumber : Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Trending