Cute
Muka Muram Mohon Perhatian, Si Gebu Meminta2 Makanan Bikin Ramai Geram!

Keletah binatang peliharaan seperti kucing kadang kala boleh menjadi terapi kepada tuan mereka. Malah, ramai yang memilih untuk membela binatang peliharaan untuk melatih diri mereka menjadi lebih penyayang dan berkongsi kasih dengan makhluk tuhan.
Namun, dalam dunia ini tidak semua orang mempunyai hati dan belas ihsan terhadap binatang. Malah, golongan ini ada yang sanggup menyiksa, memukul serta membuang tanpa rasa bersalah dan kasihan terhadap nasib menimpa binatang berkenaan.
Pandailah pulak minta makan!
Di Facebook, seorang wanita berkongsikan video yang memaparkan aksi lucu seekor kucing berwarna oren serta berbulu lebat dilihat ‘merayu’ agar diberikan makanan.
Lebih melucukan, si gebu ini pada mulanya mencuit-cuit beberapa kali peha tuannya dan tunjukkan bekas makanan sambil membuat muka monyok.
Sudah tentunya, ramai yang sangat terhibur dengan kelakuannya dan tambahan pula dengan reaksi muka si gebu ini yang tidak ‘seceria’ kucing-kucing yang lain.
Dah lah comel, mata juling pulak tu!
Di ruangan ramai dilihat memuji si gebu berkenaan sangat comel dan sopan ketika meminta makanan daripada tuannya. Walaupun matanya dikatakan agak juling, ramai yang begitu tertarik dan memuji kucing ini kerana sifatnya yang unik.
Pandainya meminta makanan…
Muka tu bikin orang geram!
Peringatan mesra: Masyarakat diminta untuk tidak melakukan penyiksaan dan penganiayaan terhadap bintang terutamanya yang berada di jalanan. Malah, disarankan untuk berkasih sayang sesama makhluk di bumi ini.
Sumber: Borneo Cat Lover.

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit