{"id":9539,"date":"2023-04-18T14:54:18","date_gmt":"2023-04-18T06:54:18","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=9539"},"modified":"2023-04-18T14:54:18","modified_gmt":"2023-04-18T06:54:18","slug":"selepas-40-tahun-pak-jamil-hayat-banduan-paling-lama-dipenjara-kini-bebas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/selepas-40-tahun-pak-jamil-hayat-banduan-paling-lama-dipenjara-kini-bebas\/","title":{"rendered":"Selepas 40 Tahun, Pak Jamil Hayat Banduan Paling Lama Dipenjara Kini Bebas"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-696503873\" class=\"borak-before-content\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Setelah 40 tahun menghabiskan hayat\u00a0di dalam tirai besi, tarikh 22 Mac menjadi tarikh keramat buat Jamil Wahab, 63, apabila dibebaskan setelah mendapat pengampunan\u00a0Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar,\u00a022 Mac lepas.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Tempoh itu menjadikan Jamil yang mesra disapa Pak Jamil Hayat sebagai banduan paling lama\u00a0di negara ini menerima hukuman\u00a0kini bebas, dan kembali ke kampung halamannya\u00a0di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa di Indonesia, awal pagi ini.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-9541\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"566\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-1.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-1-300x212.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-1-768x543.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cBila saya tahu dapat pengampunan pembebasan, saya tidak percaya kerana saya sedia maklum berkenaan hukuman sepanjang hayat di penjara. Masa tahun 2012, ada pengampunan beramai-ramai di Johor dengan banduan paling lama adalah 37 tahun sedangkan waktu itu saya 29 tahun. Terus saya kata dalam hati, saya takkan ada peluang.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSaya fikir akan mati di dalam penjara sahaja dan tidak mempedulikan apa yang akan berlaku dalam dunia ini. Saya ingat mati nanti apa yang saya akan bawa, jadi tumpu untuk beribadah.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cPagi semalam ketika tuan pengarah beritahu saya dapat pengampunan, saya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan,\u201d katanya kepada Bernama ketika ditemui di Penjara Taiping, semalam.<\/em><\/h5>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Jamil berkata beliau amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menghabiskan sisa hidupnya di kampung halaman, namun jauh dari sudut hatinya berat untuk meninggalkan sebuah bangunan tembok besi agam yang mengubahnya menjadi seorang manusia yang berguna.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSaya seronok dapat \u2018ampun\u2019, tapi saya sedih sangat untuk tinggalkan penjara ini. Seronok ada tapi sedih lagi tebal kerana akan berpisah dengan staf yang menjaga saya seperti seorang sahabat dan bukan sebagai banduan,\u201d katanya.<\/em><\/h5>\n<p>Penjara mengajar Jamil menjadi seorang pekerja mahir dalam bidang jahitan apabila sehingga kini beliau telah menghasilkan ribuan baju Melayu dan blazer untuk pegawai-pegawai penjara.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Sebelum dipindah ke Penjara Taiping dari\u00a0Penjara Johor Bahru, Jamil mengutip pengalaman dari\u00a0bengkel rotan menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-9544\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-5.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"566\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-5.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-5-300x212.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-5-768x543.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Malah katanya berbekalkan ilmu agama yang dipelajari selama di kampung dahulu, 40 tahun meraikan hari raya\u00a0di penjara, Jamil memimpin jemaah lain bersolat termasuk solat Hari Raya.<\/p>\n<p>Jamil seterusnya menasihati anak muda agar jangan mensia-siakan waktu muda dan berpegang teguh kepada ajaran agama agar sentiasa terhindar dari melakukan perbuatan yang tidak baik.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cKetika muda, bila pegang pistol perasaan di dunia ini seperti kita yang punya. Bila pegang pistol kita rasa semua kecil, sikit-sikit marah mahu tembak sahaja. Saya bukan orang yang baik, apabila di Indonesia dulu pun selalu masuk penjara. Atas jasa baik pegawai penjara di sini, saya dapat berubah menjadi manusia yang tidak tinggal ibadah sejak tahun 90-an.\u00a0<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSaya tekad untuk ubah semua.\u00a0Saya solat lima waktu dan tidak tinggal apa yang disuruh. Apabila saya lihat cermin, saya tengok rambut saya dah beruban. Dulu saya masuk penjara, badan gempal sekarang kurus,\u201d katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim dan keseluruhan kakitangan Penjara Taiping.<\/em><\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-9542\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-2.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"566\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-2.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-2-300x212.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-2-768x543.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Pengarah Penjara Taiping Penolong Kanan Komisioner Penjara Nazri Mohamad berkata Jamil dimasukkan ke Penjara Johor Bharu pada Februari 1983 setelah dijatuhi hukuman Penjara Seumur Hayat dan enam sebatan rotan\u00a0di bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971\u00a0oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.<\/p>\n<p>Jamil kemudian dipindahkan ke Penjara Taiping pada 1986 untuk meneruskan hukumannya.<\/p>\n<p>Menurut Nazri pada 22 Mac, Jamil mendapat pengampunan pembebasan daripada\u00a0Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Johor dengan syarat dia hendaklah dihantar pulang ke Indonesia dan membuat akujanji tidak akan kembali ke negara ini lagi.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cIa mendapat sokongan dari Pengarah Penjara Taiping melalui Kaedah 113 Peraturan Penjara 2000 Rayuan Pengampunan Banduan Seumur Hayat. Buku laporan kajian hukuman empat tahun sekali bahagian 6 peraturan 54 peraturan-peraturan penjara 2000 iaitu sebanyak 28 buku penyata empat\u00a0tahun, dibuat untuk rayuan pengampunan,\u201d katanya.<\/em><\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-9543\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-3.jpeg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"566\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-3.jpeg 800w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-3-300x212.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/hayat-3-768x543.jpeg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Nazri menyifatkan Pak Jamil\u00a0sebagai seorang banduan yang warak dan sentiasa tekun dalam setiap bidang yang diceburi selain disenangi oleh penghuni di penjara ini.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cDia amat aktif dalam aktiviti keagamaan apabila dia menjadi imam dalam sel dan mengajar penghuni lain membaca Al-Quran. Hubungan Pak Jamil sesama penghuni lain adalah baik dan rapat. Bila sebut sahaja Jamil Hayat, semua kagum dan hormati dia atas ketokohan dan kepimpinan melalui ilmu yang diperoleh,\u201d katanya.<\/em><\/h5>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bernama.com\/bm\/news.php?id=2182667\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Bernama<\/a> (Nazira Hasanah Nasaruddin)<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setelah 40 tahun menghabiskan hayat\u00a0di dalam tirai besi, tarikh 22 Mac menjadi tarikh keramat buat Jamil Wahab, 63, apabila dibebaskan setelah mendapat pengampunan\u00a0Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar,\u00a022 Mac lepas. Tempoh itu menjadikan Jamil yang mesra disapa Pak Jamil Hayat sebagai banduan paling lama\u00a0di negara ini menerima hukuman\u00a0kini bebas, dan kembali ke kampung halamannya\u00a0di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9545,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-9539","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9539","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9539"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9539\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9546,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9539\/revisions\/9546"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9545"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9539"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9539"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9539"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}