{"id":83197,"date":"2026-11-19T14:06:29","date_gmt":"2026-11-19T06:06:29","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=83197"},"modified":"2026-11-19T14:10:12","modified_gmt":"2026-11-19T06:10:12","slug":"mindef-terus-komited-perangi-ketirisan-perkukuh-tadbir-urus-pertahanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-terus-komited-perangi-ketirisan-perkukuh-tadbir-urus-pertahanan\/","title":{"rendered":"MINDEF Terus Komited Perangi Ketirisan, Perkukuh Integriti Tadbir Urus Pertahanan"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-10840817\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\" role=\"region\" aria-label=\"Advertisements\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><insclass=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" data-ad-slot=\"5328555284\" data-ad-layout=\"in-article\" data-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p data-pm-slice=\"1 1 []\">Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkukuh usaha membanteras ketirisan dan meningkatkan ketelusan dalam pengurusan institusi pertahanan negara menerusi pelbagai inisiatif penambahbaikan tadbir urus serta pembudayaan integriti.<\/p>\n<p>Komitmen itu diterjemahkan melalui pelancaran Sistem Aduan Integriti Kementerian Pertahanan yang bertujuan menyediakan saluran rasmi bagi menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan salah laku, ketirisan serta kelemahan integriti dalam organisasi.<\/p>\n<p>Sistem berkenaan dilancarkan sempena Sambutan Hari Integriti MINDEF 2026 yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, pada Khamis.<\/p>\n<p>Menurut Khaled, usaha memperkukuh integriti merupakan keutamaan kementerian memandangkan MINDEF dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memikul tanggungjawab besar dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan negara.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-terus-komited-perangi-ketirisan-perkukuh-tadbir-urus-pertahanan\/screenshot-2026-11-19-at-1-40-55-pm\/\" rel=\"attachment wp-att-83204\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-83204 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-1.40.55-PM.png\" alt=\"\" width=\"795\" height=\"556\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-1.40.55-PM.png 1438w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-1.40.55-PM-300x210.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-1.40.55-PM-1024x716.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-1.40.55-PM-768x537.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-1.40.55-PM-18x12.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 795px) 100vw, 795px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Beliau berkata, pengurusan dana awam dan aset strategik yang melibatkan peruntukan berbilion ringgit menuntut tahap akauntabiliti tinggi bagi memastikan setiap sumber dimanfaatkan secara optimum tanpa berlaku sebarang ketirisan.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cMINDEF dan ATM juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dana awam dan aset strategik yang melibatkan peruntukan berbilion-bilion ringgit.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cMaka, setiap peruntukan mesti dilakukan dengan betul, setiap prosedur dipatuhi, setiap maklumat dilindungi dan setiap operasi pertahanan dibuat dengan penuh tanggungjawab,\u201d katanya.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-terus-komited-perangi-ketirisan-perkukuh-tadbir-urus-pertahanan\/img_7656\/\" rel=\"attachment wp-att-83205\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-83205\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/IMG_7656.heic\" alt=\"\" \/><\/a><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-terus-komited-perangi-ketirisan-perkukuh-tadbir-urus-pertahanan\/screenshot-2026-11-19-at-2-03-40-pm\/\" rel=\"attachment wp-att-83206\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-83206 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.03.40-PM.png\" alt=\"\" width=\"794\" height=\"440\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.03.40-PM.png 2376w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.03.40-PM-300x166.png 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.03.40-PM-1024x568.png 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.03.40-PM-768x426.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.03.40-PM-1536x852.png 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.03.40-PM-2048x1136.png 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.03.40-PM-18x10.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 794px) 100vw, 794px\" \/><\/a><\/p>\n<h3>Perkukuh Tadbir Urus, Tutup Ruang Ketirisan<\/h3>\n<p>Dalam pada itu, Khaled menjelaskan bahawa MINDEF telah melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan sistem pengurusan kementerian lebih cekap, telus dan berkesan.<\/p>\n<p>Antaranya termasuk penambahbaikan tadbir urus perolehan yang melibatkan keanggotaan Lembaga Perolehan, jawatankuasa berkaitan serta mekanisme penilaian berdasarkan ketetapan Kementerian Kewangan.<\/p>\n<p>Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh kawalan dalaman organisasi, selain mengurangkan risiko penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan peruntukan pertahanan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, pelancaran Sistem Aduan Integriti MINDEF turut mencerminkan pendekatan proaktif kementerian dalam memperkemas pengurusan aduan agar lebih sistematik dan berkesan.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-terus-komited-perangi-ketirisan-perkukuh-tadbir-urus-pertahanan\/img_7673-2\/\" rel=\"attachment wp-att-83207\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-83207\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/IMG_7673.heic\" alt=\"\" \/><\/a><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-terus-komited-perangi-ketirisan-perkukuh-tadbir-urus-pertahanan\/screenshot-2026-11-19-at-2-05-27-pm\/\" rel=\"attachment wp-att-83208\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-83208 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.05.27-PM.png\" alt=\"\" width=\"807\" height=\"977\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.05.27-PM.png 1018w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.05.27-PM-248x300.png 248w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.05.27-PM-846x1024.png 846w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.05.27-PM-768x929.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Screenshot-2026-11-19-at-2.05.27-PM-10x12.png 10w\" sizes=\"auto, (max-width: 807px) 100vw, 807px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Khaled turut mengingatkan bahawa sebarang ketirisan bukan sahaja boleh menjejaskan keberkesanan operasi pertahanan, malah berpotensi melemahkan keupayaan organisasi dalam jangka panjang.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cKetirisan dan penyalahgunaan kuasa bukan sahaja menjejaskan keupayaan operasi secara serta-merta.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cDalam jangka panjang, ia melemahkan organisasi, mengurangkan keberkesanan sumber dan menjejaskan kesiagaan pertahanan.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cLebih penting, ketirisan akan menghilangkan kepercayaan dan rasa hormat pada kita semua,\u201d katanya lagi.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<h3>Kerjasama SPRM Diperkukuh Bagi Membendung Salah Laku<\/h3>\n<p>Bagi memastikan agenda integriti dilaksanakan secara menyeluruh, MINDEF turut memperkukuh kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi pelbagai program pendidikan, advokasi dan literasi integriti.<\/p>\n<p>Di peringkat ATM, kerjasama berkenaan diperkasakan melalui pemeteraian Nota Kerjasama antara SPRM dan ATM pada 19 Oktober 2026.<\/p>\n<p>Menerusi kerjasama itu, mekanisme risikan, siasatan dan perkongsian maklumat antara kedua-dua pihak dapat dipertingkatkan bagi membantu usaha mencegah ketirisan serta memperkukuh pemantauan integriti.<\/p>\n<p>Selain itu, seramai 34 Pegawai Perhubungan Integriti (PPI) turut dilantik daripada pelbagai bahagian dan jabatan MINDEF bagi memastikan pelaksanaan agenda integriti dapat digerakkan sehingga ke peringkat operasi.<\/p>\n<p>Surat pelantikan berkenaan disampaikan secara simbolik oleh Khaled kepada Shazeela Ahmad dari Jabatan Hal Ehwal Veteran yang mewakili kesemua pegawai terbabit.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-terus-komited-perangi-ketirisan-perkukuh-tadbir-urus-pertahanan\/whatsapp-image-2026-11-19-at-12-20-43-pm\/\" rel=\"attachment wp-att-83201\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-83201 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-19-at-12.20.43-PM.jpeg\" alt=\"\" width=\"810\" height=\"1080\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-19-at-12.20.43-PM.jpeg 810w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-19-at-12.20.43-PM-225x300.jpeg 225w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-19-at-12.20.43-PM-768x1024.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-19-at-12.20.43-PM-9x12.jpeg 9w\" sizes=\"auto, (max-width: 810px) 100vw, 810px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Menurut Shazeela, PPI berperanan sebagai penggerak dan pemangkin kepada pelaksanaan aktiviti integriti di bahagian masing-masing, sekali gus menggalakkan penglibatan lebih menyeluruh dalam kalangan warga kementerian.<\/p>\n<p>Beliau berharap pelantikan itu dapat membantu meningkatkan pembudayaan integriti serta memastikan setiap program yang dirancang mendapat sokongan seluruh warga MINDEF.<\/p>\n<p>Sementara itu, Khaled menekankan bahawa kepercayaan rakyat merupakan antara kekuatan terpenting sesebuah institusi pertahanan, justeru sebarang isu integriti tidak boleh dipandang ringan.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/mindef-terus-komited-perangi-ketirisan-perkukuh-tadbir-urus-pertahanan\/img_7687-2\/\" rel=\"attachment wp-att-83203\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-83203 aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/IMG_7687-1-e1795067954461.jpg\" alt=\"\" width=\"844\" height=\"1453\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/IMG_7687-1-e1795067954461.jpg 1280w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/IMG_7687-1-e1795067954461-174x300.jpg 174w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/IMG_7687-1-e1795067954461-595x1024.jpg 595w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/IMG_7687-1-e1795067954461-768x1322.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/IMG_7687-1-e1795067954461-892x1536.jpg 892w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/IMG_7687-1-e1795067954461-1189x2048.jpg 1189w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/IMG_7687-1-e1795067954461-7x12.jpg 7w\" sizes=\"auto, (max-width: 844px) 100vw, 844px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Menurutnya, kegagalan memelihara integriti boleh mencalarkan reputasi keseluruhan kementerian dan ATM, sekali gus menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi yang diamanahkan menjaga keselamatan negara.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cSekali imej kita tercalar, adalah sangat sukar untuk kita mengembalikan keyakinan kerajaan dan rakyat kepada kita.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cJadi, kita mesti berusaha memastikan MINDEF dan ATM bebas daripada sebarang bentuk isu integriti,\u201d ujar beliau.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p>Sambutan Hari Integriti MINDEF 2026 yang bertemakan &#8216;Integriti Kita, Nilai Kita&#8217; turut menyaksikan sesi melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diketuai Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Lokman Hakim Ali.<\/p>\n<p>Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari serta Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Zakkuan Talib.<\/p>\n<p>Khaled berharap segala inisiatif yang dilaksanakan bukan sekadar memperkukuh mekanisme penguatkuasaan, tetapi turut membentuk budaya kerja yang mengutamakan amanah, ketelusan dan tanggungjawab dalam kalangan warga MINDEF serta ATM.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkukuh usaha membanteras ketirisan dan meningkatkan ketelusan dalam pengurusan institusi pertahanan negara menerusi pelbagai inisiatif penambahbaikan tadbir urus serta pembudayaan integriti. Komitmen itu diterjemahkan melalui pelancaran Sistem Aduan Integriti Kementerian Pertahanan yang bertujuan menyediakan saluran rasmi bagi menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan salah laku, ketirisan serta kelemahan integriti dalam organisasi. Sistem [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":83199,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-83197","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/83197","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=83197"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/83197\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":83211,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/83197\/revisions\/83211"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/83199"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=83197"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=83197"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=83197"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}