{"id":83161,"date":"2026-11-17T11:28:23","date_gmt":"2026-11-17T03:28:23","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=83161"},"modified":"2026-11-17T11:28:23","modified_gmt":"2026-11-17T03:28:23","slug":"jangan-tunggu-krisis-melanda-khaled-mahu-tentera-asean-bersedia-hadapi-ancaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/jangan-tunggu-krisis-melanda-khaled-mahu-tentera-asean-bersedia-hadapi-ancaman\/","title":{"rendered":"Jangan Tunggu Krisis Melanda! Khaled Mahu Tentera ASEAN Bersedia Hadapi Ancaman"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-1584629435\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\" role=\"region\" aria-label=\"Advertisements\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><insclass=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" data-ad-slot=\"5328555284\" data-ad-layout=\"in-article\" data-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Dunia hari ini bukan lagi berdepan ancaman peperangan semata-mata. Serangan siber, perkembangan teknologi dan bencana alam juga boleh menggugat keselamatan sesebuah negara tanpa mengira sempadan.<\/p>\n<p>Dalam keadaan ancaman semakin sukar dijangka, Menteri Pertahanan, Dato&#8217; Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan bahawa tiada negara boleh menganggap dirinya akan sentiasa terselamat daripada perkembangan yang berlaku di luar wilayah masing-masing.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-83168 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.21-1-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"720\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.21-1-1.jpeg 1080w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.21-1-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.21-1-1-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.21-1-1-768x512.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.21-1-1-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/p>\n<p>Malah, beliau berpandangan angkatan tentera juga tidak boleh sekadar mempersiapkan diri untuk menghadapi ancaman yang sudah diketahui, sebaliknya perlu sentiasa bersedia dengan cabaran baharu.<\/p>\n<p>Perkara itu menjadi antara mesej utama beliau ketika menyampaikan ucaptama sempena Majlis Makan Malam Sambutan Mesyuarat Multilateral Panglima Tentera Darat ASEAN Ke-27 (ACAMM) dan Mesyuarat Tahunan Sarjan Mejar ASEAN Ke-14 (ASMAM) di Hotel DoubleTree by Hilton, Melaka, pada Isnin.<\/p>\n<p>Menurut Mohamed Khaled, setiap negara sememangnya mempunyai tanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kepentingan masing-masing, namun terdapat cabaran keselamatan yang memerlukan persefahaman serta kerjasama erat antara negara jiran.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Tiada negara boleh menganggap dirinya tidak akan terjejas oleh perkembangan di luar sempadannya. Tiada angkatan tentera juga boleh hanya bersiap sedia menghadapi cabaran yang sudah difahami.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kesiapsiagaan bersama tidak boleh dibina ketika krisis berlaku. Ia mesti dibangunkan jauh lebih awal sebelum krisis datang,&#8221; <\/em>katanya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-83162 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.15-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"719\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.15-1.jpeg 1080w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.15-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.15-1-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.15-1-768x511.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.15-1-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/p>\n<h2>Kekuatan tentera bukan untuk mencetuskan peperangan<\/h2>\n<p>Di sebalik usaha memperkukuh kemampuan pertahanan, Mohamed Khaled turut membawa mesej bahawa kekuatan sesebuah angkatan tentera tidak sepatutnya dilihat sebagai lambang kuasa untuk mencetuskan peperangan.<\/p>\n<p>Sebaliknya keupayaan ketenteraan, tahap profesionalisme dan kesiapsiagaan anggota perlu menjadi asas untuk memastikan keamanan terus terpelihara.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, kestabilan serantau tidak mungkin dapat dipertahankan oleh sesebuah negara secara bersendirian tanpa kepercayaan, dialog dan sikap saling menghormati.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Angkatan tentera diwujudkan bukan untuk melancarkan peperangan atau mencetuskan konflik, tetapi untuk memastikan konflik tidak perlu berlaku dan sentiasa dapat dicegah.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Keupayaan ketenteraan, profesionalisme dan kesiapsiagaan seharusnya dilihat bukan sebagai pertunjukan kekuatan, sebaliknya manifestasi komitmen bersama terhadap keamanan dan kestabilan,&#8221;\u00a0<\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-83166 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.19-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"720\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.19-1.jpeg 1080w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.19-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.19-1-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.19-1-768x512.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.19-1-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/p>\n<h2>Kerjasama ASEAN perlu lebih daripada sekadar pertemuan rasmi<\/h2>\n<p>Dalam pada itu, Khaled mahu hubungan antara angkatan darat ASEAN terus diperkukuh melalui latihan, pertukaran pengalaman dan kerjasama ketenteraan yang praktikal.<\/p>\n<p>Menurut beliau, hubungan yang terjalin selama ini bukan sahaja membantu membina kepercayaan antara anggota tentera, malah membolehkan setiap negara memahami cara operasi dan keupayaan pasukan masing-masing.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kesiapsiagaan bersama tidak bermaksud semua negara ASEAN perlu mengamalkan pendekatan pertahanan yang sama atau mengetepikan kedaulatan masing-masing.<\/p>\n<p>Sebaliknya, kerjasama itu perlu memastikan setiap angkatan tentera mempunyai hubungan dan mekanisme yang bersesuaian untuk bertindak apabila keadaan memerlukan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-83163 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.17-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"720\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.17-1.jpeg 1080w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.17-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.17-1-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.17-1-768x512.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.17-1-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau turut menekankan kepentingan peranan Sarjan Mejar dan pemimpin anggota kanan dalam memastikan segala perancangan di peringkat tertinggi dapat dilaksanakan dengan berkesan.<\/p>\n<p>Jelasnya, disiplin, latihan dan profesionalisme anggota merupakan antara elemen penting dalam menentukan tahap kesiapsiagaan sesebuah pasukan tentera.<\/p>\n<h2>Malaysia sambut delegasi tentera ASEAN di Melaka<\/h2>\n<p>Penganjuran ACAMM dan ASMAM tahun ini turut menyaksikan Malaysia meraikan kehadiran delegasi angkatan darat negara anggota ASEAN, termasuk Timor-Leste yang menyertai ACAMM sebagai anggota terbaharu blok serantau itu.<\/p>\n<p>Mohamed Khaled menyambut baik penyertaan Timor-Leste yang dilihat mampu memperkukuh semangat keterangkuman dan kerjasama dalam kalangan negara anggota.<\/p>\n<p>Kedua-dua persidangan anjuran Tentera Darat Malaysia (TDM) itu berlangsung selama empat hari bermula 16 hingga 19 November 2026 dengan penglibatan 10 negara serantau.<\/p>\n<p>ACAMM ke-27 bertemakan <em>Fostering Collective Preparedness Among ASEAN Land Forces for a Stable and Secure Region<\/em>, manakala ASMAM ke-14 memberi tumpuan kepada kepimpinan, disiplin, daya tahan dan profesionalisme anggota dalam persekitaran keselamatan yang kompleks.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-83164 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.18-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"719\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.18-1.jpeg 1080w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.18-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.18-1-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.18-1-768x511.jpeg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-09.20.18-1-18x12.jpeg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/p>\n<p>Majlis makan malam berkenaan turut diserikan dengan ucapan aluan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman serta persembahan kebudayaan oleh Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD).<\/p>\n<p>Bagi Mohamed Khaled, meskipun cabaran keselamatan masa depan tidak dapat diramal sepenuhnya, negara anggota ASEAN masih mempunyai peluang untuk menentukan sejauh mana mereka bersedia menghadapinya.<\/p>\n<p>Justeru, usaha memperkukuh kepercayaan dan kerjasama pertahanan perlu diteruskan supaya angkatan tentera serantau bukan sahaja bersedia menghadapi ancaman, tetapi turut memainkan peranan penting dalam mencegah konflik dan mengekalkan keamanan Asia Tenggara.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dunia hari ini bukan lagi berdepan ancaman peperangan semata-mata. Serangan siber, perkembangan teknologi dan bencana alam juga boleh menggugat keselamatan sesebuah negara tanpa mengira sempadan. Dalam keadaan ancaman semakin sukar dijangka, Menteri Pertahanan, Dato&#8217; Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan bahawa tiada negara boleh menganggap dirinya akan sentiasa terselamat daripada perkembangan yang berlaku di luar wilayah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":83162,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-83161","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/83161","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=83161"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/83161\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":83170,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/83161\/revisions\/83170"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/83162"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=83161"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=83161"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=83161"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}