{"id":83074,"date":"2026-09-19T14:29:24","date_gmt":"2026-09-19T06:29:24","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=83074"},"modified":"2026-09-19T14:29:24","modified_gmt":"2026-09-19T06:29:24","slug":"malaysia-australia-perkukuh-kerjasama-pertahanan-tubuh-jawatankuasa-perancangan-strategik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/malaysia-australia-perkukuh-kerjasama-pertahanan-tubuh-jawatankuasa-perancangan-strategik\/","title":{"rendered":"Malaysia, Australia perkukuh kerjasama pertahanan, tubuh Jawatankuasa Perancangan Strategik"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-956638023\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-83075\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/KETIBAAN-1-1.jpg\" alt=\"\" width=\"1280\" height=\"958\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/KETIBAAN-1-1.jpg 1280w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/KETIBAAN-1-1-300x225.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/KETIBAAN-1-1-1024x766.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/KETIBAAN-1-1-768x575.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/KETIBAAN-1-1-16x12.jpg 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/p>\n<p>Perkara itu dipersetujui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles ketika mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Malaysia-Australia (HLC) ke-6 di Geelong, hari ini.<\/p>\n<p>Jawatankuasa berkenaan bagi menggerakkan kerjasama pertahanan secara praktikal selain memantau pelaksanaannya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, kedua-dua Menteri mengalu-alukan peningkatan kerjasama pertahanan menerusi Malaysia-Australia Joint Defence Program (MAJDP) termasuk Latihan Keris Strike 2026 di Sabah, pengembangan kerjasama maritim dan pasukan khas serta peningkatan peluang dalam pendidikan ketenteraan profesional dan pertukaran anggota.<\/p>\n<p>Kedua-dua pihak turut bersetuju meneroka lebih banyak penglibatan berprofil tinggi berkaitan operasi bagi memperkukuh kebolehoperasian antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Australia.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-83076\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/HLC-8.jpg\" alt=\"\" width=\"2560\" height=\"1706\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/HLC-8.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/HLC-8-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/HLC-8-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/HLC-8-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/HLC-8-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/HLC-8-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/HLC-8-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<p>Beliau kemudiannya ke Geelong bagi mengadakan kunjungan hormat dan pertemuan dua hala bersama Richard Marles, sebelum mempengerusikan bersama HLC ke-6 pada 18 September 2026.<\/p>\n<p>Menurut Mohamed Khaled, mesyuarat berkenaan menyusuli HLC ke-5 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2025 dan menjadi platform untuk menilai kemajuan kerjasama pertahanan, meneroka peluang baharu serta menentukan hala tuju hubungan pertahanan Malaysia-Australia.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Hubungan dan kerjasama pertahanan Malaysia dan Australia telah lama terjalin, merentasi zaman perang dan aman (through war and peacetime), serta terus berkembang menerusi kerjasama dua hala dan pelbagai hala.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Teras kepada hubungan yang kukuh ini ialah kepercayaan dan keyakinan bersama yang telah dibina oleh kedua-dua negara sejak sekian lama,&#8221;<\/em> katanya.<\/h5>\n<p>Beliau berkata, selain hubungan dua hala, Malaysia dan Australia turut bekerjasama menerusi platform seperti Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan ASEAN Defence Ministers\u2019 Meeting-Plus (ADMM-Plus) dalam mendepani pelbagai cabaran keselamatan serantau.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cDalam landskap keselamatan yang semakin kompleks, hubungan yang telah dibina sekian lama ini perlu terus diperkukuh dan dibawa ke tahap seterusnya, daripada kerjasama kepada kolaborasi yang lebih strategik, substantif dan berorientasikan hasil,&#8221;<\/em> terangnya.<\/h5>\n<p>Dalam HLC ke-6, kedua-dua Menteri turut mengambil maklum kemajuan kerja naik taraf infrastruktur dan pembaikan landasan di Pangkalan Udara Butterworth Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang dijangka siap menjelang akhir 2026.<\/p>\n<p>Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan majlis bersama bagi memperingati pencapaian tersebut selepas projek berkenaan selesai, selain menegaskan kepentingan Pangkalan Udara Butterworth sebagai platform penting bagi kerjasama pertahanan dua hala, penglibatan serantau dan aktiviti FPDA.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-83077\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SIGNING-4.jpg\" alt=\"\" width=\"2560\" height=\"1706\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SIGNING-4.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SIGNING-4-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SIGNING-4-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SIGNING-4-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SIGNING-4-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SIGNING-4-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SIGNING-4-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<p>Selain itu, Malaysia dan Australia mengumumkan pemeteraian Malaysia-Australia Mutual Logistics Support Arrangement (MLSA) yang diperbaharui bagi memperkukuh kerjasama pertahanan secara praktikal serta menyokong aktiviti dua hala, serantau dan pelbagai hala.<\/p>\n<p>Perjanjian itu dijangka meningkatkan keupayaan kedua-dua angkatan pertahanan untuk bekerjasama dengan lebih berkesan, selain menambah baik sokongan logistik dan kebolehoperasian serta memudah cara latihan, operasi dan penglibatan pada masa hadapan.<\/p>\n<p>Dalam aspek industri pertahanan pula, kedua-dua negara bersetuju meneroka penubuhan Kumpulan Kerja Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan bagi mengenal pasti projek khusus yang boleh memberikan manfaat bersama.<\/p>\n<p>Mereka turut menantikan misi perdagangan industri pertahanan Australia ke Malaysia dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>Dalam isu keselamatan serantau, kedua-dua Menteri menegaskan kepentingan mempertahankan kebebasan pelayaran dan penerbangan, memastikan keselamatan laluan maritim serta menyelesaikan pertikaian secara aman berdasarkan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-83078\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/PERTEMUAN-5.jpg\" alt=\"\" width=\"2560\" height=\"1706\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/PERTEMUAN-5.jpg 2560w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/PERTEMUAN-5-300x200.jpg 300w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/PERTEMUAN-5-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/PERTEMUAN-5-768x512.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/PERTEMUAN-5-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/PERTEMUAN-5-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/PERTEMUAN-5-18x12.jpg 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<p>Kedua-duanya turut menyatakan kebimbangan terhadap tindakan yang meningkatkan ketegangan dan menjejaskan keamanan, keselamatan serta kestabilan di Laut China Selatan, termasuk tindakan berbahaya dan tidak profesional di laut serta udara.<\/p>\n<p>Mereka menegaskan bahawa sebarang Kod Tatakelakuan di Laut China Selatan mestilah selaras dengan UNCLOS dan tidak menjejaskan hak mana-mana negara di bawah konvensyen berkenaan.<\/p>\n<p>Turut menyertai lawatan kerja Mohamed Khaled ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Mohd Yani Daud; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datin Paduka Sharrina Abdullah; serta Ketua Pengarah Malaysia Defence Intelligence Organisation (MDIO), Leftenan Jeneral Dato\u2019 Haji Fazal Abdul Rahman, bersama pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Perkara itu dipersetujui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles ketika mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Malaysia-Australia (HLC) ke-6 di Geelong, hari ini. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":28,"featured_media":83079,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1241],"tags":[],"class_list":["post-83074","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/83074","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/28"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=83074"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/83074\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":83080,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/83074\/revisions\/83080"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/83079"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=83074"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=83074"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=83074"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}