{"id":83027,"date":"2026-08-22T12:41:43","date_gmt":"2026-08-22T04:41:43","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=83027"},"modified":"2026-08-22T12:41:43","modified_gmt":"2026-08-22T04:41:43","slug":"takaful-malaysia-catat-hasil-rm2-bilion-pbzt-rm305-6-juta-suku-kedua-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/takaful-malaysia-catat-hasil-rm2-bilion-pbzt-rm305-6-juta-suku-kedua-2026\/","title":{"rendered":"Takaful Malaysia Catat Hasil RM2 Bilion, PBZT RM305.6 Juta Suku Kedua 2026"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3922568834\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p>Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful meningkat tujuh peratus kepada RM2 bilion berbanding RM1.8 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.<\/p>\n<p>Keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) turut meningkat enam peratus kepada RM305.6 juta berbanding RM287 juta sebelumnya, didorong prestasi positif perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful Am, selain pelepasan margin perkhidmatan kontraktual (CSM) serta pendapatan pelaburan bersih yang lebih tinggi.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, prestasi itu mencerminkan daya tahan perniagaan serta keberkesanan strategi yang dilaksanakan Kumpulan dalam menghadapi persekitaran operasi yang dinamik.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cPrestasi suku kedua tahun 2026 kami menunjukkan daya tahan perniagaan serta keberkesanan strategi kami.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cKami berbesar hati melihat kedua-dua perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful Am terus mencatatkan pertumbuhan positif, sekali gus menyumbang kepada peningkatan hasil dan keuntungan Kumpulan,\u201d <\/em>katanya dalam kenyataan baru-baru ini.<\/h5>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-83028 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Ketua-Pegawai-Eksekutif-Kumpulan-Takaful-Malaysia-Nor-Azman-Zainal.png\" alt=\"\" width=\"1181\" height=\"1825\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Ketua-Pegawai-Eksekutif-Kumpulan-Takaful-Malaysia-Nor-Azman-Zainal.png 1181w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Ketua-Pegawai-Eksekutif-Kumpulan-Takaful-Malaysia-Nor-Azman-Zainal-194x300.png 194w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Ketua-Pegawai-Eksekutif-Kumpulan-Takaful-Malaysia-Nor-Azman-Zainal-663x1024.png 663w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Ketua-Pegawai-Eksekutif-Kumpulan-Takaful-Malaysia-Nor-Azman-Zainal-768x1187.png 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Ketua-Pegawai-Eksekutif-Kumpulan-Takaful-Malaysia-Nor-Azman-Zainal-994x1536.png 994w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Ketua-Pegawai-Eksekutif-Kumpulan-Takaful-Malaysia-Nor-Azman-Zainal-8x12.png 8w\" sizes=\"auto, (max-width: 1181px) 100vw, 1181px\" \/><\/p>\n<p>Bagi perniagaan Takaful Keluarga, hasil takaful meningkat 5.7 peratus kepada RM1.16 bilion daripada RM1.09 bilion dalam tempoh sama tahun lalu, disokong pelepasan caruman yang lebih tinggi dan peningkatan perlindungan takaful.<\/p>\n<p>Sementara itu, perniagaan Takaful Am merekodkan pertumbuhan lebih kukuh apabila hasil takaful meningkat 16.1 peratus kepada RM806.7 juta berbanding RM694.6 juta, terutama disumbangkan peningkatan caruman daripada segmen Motor.<\/p>\n<p>Nor Azman berkata, pertumbuhan kedua-dua segmen berkenaan menunjukkan kekuatan portfolio Kumpulan yang pelbagai, selain keupayaan memanfaatkan peluang dalam pelbagai segmen pelanggan dan keperluan perlindungan.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cPencapaian ini bukan sekadar pertumbuhan angka. Kualiti dan kemampanan pendapatan kekal menjadi teras strategi kami.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cPortfolio yang pelbagai, pendekatan berdisiplin dalam pengunderaitan dan pelaburan, serta pelepasan CSM yang kukuh menjadi asas kepada keupayaan kami mengharungi perubahan pasaran sambil meneruskan pertumbuhan yang mampan,\u201d\u00a0<\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p>Memasuki separuh kedua 2026, Takaful Malaysia menyasarkan untuk mengekalkan momentum pertumbuhan menerusi asas ekonomi yang berdaya tahan, selain memanfaatkan jurang perlindungan yang masih ketara dalam pasaran.<\/p>\n<p>Kumpulan turut melihat peningkatan kesedaran individu, perniagaan dan institusi terhadap keperluan perlindungan kewangan menyeluruh sebagai antara pemacu pertumbuhan pada masa hadapan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-83029 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Menara-Takaful-Malaysia-scaled-1.jpg\" alt=\"\" width=\"1995\" height=\"2560\" srcset=\"https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Menara-Takaful-Malaysia-scaled-1.jpg 1995w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Menara-Takaful-Malaysia-scaled-1-234x300.jpg 234w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Menara-Takaful-Malaysia-scaled-1-798x1024.jpg 798w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Menara-Takaful-Malaysia-scaled-1-768x986.jpg 768w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Menara-Takaful-Malaysia-scaled-1-1197x1536.jpg 1197w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Menara-Takaful-Malaysia-scaled-1-1596x2048.jpg 1596w, https:\/\/borakdaily.com\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Menara-Takaful-Malaysia-scaled-1-9x12.jpg 9w\" sizes=\"auto, (max-width: 1995px) 100vw, 1995px\" \/><\/p>\n<p>Menurut Nor Azman, Takaful Malaysia akan terus memanfaatkan kerjasama bankatakaful bagi memperluas kedudukan dalam segmen runcit menerusi produk berasaskan khidmat nasihat dan caruman berkala.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cKami akan terus melabur dalam modal insan, teknologi, produk dan keupayaan pengedaran, di samping memperkukuh kerjasama strategik.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cPendigitalan akan kekal sebagai pemacu penting dalam menjadikan takaful lebih mudah diakses, relevan dan mudah untuk pelanggan kami,\u201d <\/em>katanya.<\/h5>\n<p>Dalam masa sama, Kumpulan akan memperkukuh platform digital Kaotim bagi meningkatkan penglibatan pelanggan serta menyediakan saluran alternatif untuk mendapatkan produk takaful dengan lebih mudah dan mampu milik.<\/p>\n<p>Takaful Malaysia turut merancang mempelbagaikan portfolio perniagaan Takaful Am melangkaui segmen motor, khususnya meneroka peluang dalam perlindungan aset bagi segmen komersial dan runcit.<\/p>\n<p>Nor Azman berkata, langkah itu selari dengan aspirasi Kumpulan untuk memperkukuh kedudukan sebagai penyedia takaful terkemuka dan peneraju industri di Malaysia.<\/p>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cFasa pertumbuhan seterusnya bukan sekadar untuk mengembangkan perniagaan kami. Fokus kami adalah untuk memperkukuh kualiti pertumbuhan, mempererat hubungan dengan pelanggan serta mencipta nilai lebih besar dalam ekosistem takaful.<\/em><\/h5>\n<h5 style=\"text-align: center;\"><em>\u201cDengan model perniagaan pelbagai, asas kukuh serta hala tuju strategik yang jelas, kami berada pada posisi terbaik untuk memanfaatkan peluang baharu sambil kekal berdisiplin dalam mengurus risiko,\u201d\u00a0<\/em>ujarnya.<\/h5>\n<p>Kumpulan turut menegaskan komitmen untuk mengekalkan pendekatan berdisiplin dalam pengunderaitan, peruntukan modal dan pengurusan risiko bagi memastikan pertumbuhan masa hadapan terus disokong asas kewangan yang kukuh dan mampan.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful meningkat tujuh peratus kepada RM2 bilion berbanding RM1.8 bilion dalam tempoh sama tahun lalu. Keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) turut meningkat enam peratus kepada RM305.6 juta berbanding RM287 juta sebelumnya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":83029,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1238],"tags":[],"class_list":["post-83027","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/83027","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=83027"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/83027\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":83030,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/83027\/revisions\/83030"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/83029"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=83027"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=83027"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=83027"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}