{"id":82762,"date":"2026-07-28T09:21:33","date_gmt":"2026-07-28T01:21:33","guid":{"rendered":"https:\/\/borakdaily.com\/?p=82762"},"modified":"2026-07-28T09:21:33","modified_gmt":"2026-07-28T01:21:33","slug":"gp-f1-bahrain-jangan-salah-cari-petronas-bukan-penganjur-tak-urus-jualan-tiket","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/gp-f1-bahrain-jangan-salah-cari-petronas-bukan-penganjur-tak-urus-jualan-tiket\/","title":{"rendered":"GP F1 Bahrain: Jangan Salah Cari! PETRONAS Bukan Penganjur, Tak Urus Jualan Tiket"},"content":{"rendered":"<div id=\"borak-3285548480\" class=\"borak-before-content borak-entity-placement\"><script async src=\"\/\/pagead2.googlesyndication.com\/pagead\/js\/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5543034142087042\" crossorigin=\"anonymous\"><\/script><ins class=\"adsbygoogle\" style=\"display:block; text-align:center;\" data-ad-client=\"ca-pub-5543034142087042\" \ndata-ad-slot=\"5328555284\" \ndata-ad-layout=\"in-article\"\ndata-ad-format=\"fluid\"><\/ins>\n<script> \n(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); \n<\/script>\n<\/div><p class=\"isSelectedEnd\">Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menegaskan pihaknya tidak menguruskan, mengawal atau mempunyai akses terhadap peruntukan, penjualan mahupun pengedaran tiket perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix kerana bukan penganjur acara berkenaan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dalam kenyataan pada Isnin, Petronas memaklumkan penjualan tiket bagi perlumbaan itu diuruskan sepenuhnya oleh pihak penganjur menerusi saluran rasmi.<\/p>\n<blockquote>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Kami menghargai keterujaan orang ramai terhadap perlumbaan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober depan,&#8221; menurut kenyataan itu.<\/em><\/h5>\n<h5 class=\"isSelectedEnd\" style=\"text-align: center;\"><em>&#8220;Walaupun syarikat memegang hak penamaan SIC, litar tersebut dimiliki oleh Sepang International Circuit Sdn Bhd, sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan dikendalikan oleh agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS),&#8221; jelas kenyataan itu.<\/em><\/h5>\n<\/blockquote>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan pertanyaan orang ramai berhubung penjualan tiket selepas Malaysia diumumkan secara rasmi sebagai tuan rumah F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Pengumuman itu dibuat Formula 1 menerusi laman sesawang rasminya pada Ahad, dengan Malaysia menjadi tuan rumah perlumbaan Grand Prix Bahrain yang dijadual berlangsung di SIC dari 2 hingga 4 Oktober ini, di antara Grand Prix Azerbaijan dan Grand Prix Singapura.<\/p>\n<p>Artikel lain: <a href=\"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/kos-ditanggung-bahrain-sepang-dijangka-jadi-tuan-rumah-f1-oktober-ini\/\">Kos Ditanggung Bahrain! Sepang Dijangka Jadi Tuan Rumah F1 Oktober Ini<\/a><\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Perjanjian yang dicapai antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Kerajaan Bahrain dan Malaysia membolehkan perlumbaan itu diteruskan tanpa menjejaskan baki kalendar perlumbaan musim 2026.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan komitmen penuh kerajaan bagi memastikan kepulangan Formula 1 ke SIC selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al-Khalifa serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali.<\/p>\n<p>Beliau turut menzahirkan penghargaan atas keyakinan yang diberikan kepada Malaysia untuk memainkan peranan penting dalam menjayakan penganjuran perlumbaan berprestij itu.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.petronas.com\/media\/media-releases\/clarification-ownership-and-naming-rights-sepang-international-circuit\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">PETRONAS<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menegaskan pihaknya tidak menguruskan, mengawal atau mempunyai akses terhadap peruntukan, penjualan mahupun pengedaran tiket perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix kerana bukan penganjur acara berkenaan. Dalam kenyataan pada Isnin, Petronas memaklumkan penjualan tiket bagi perlumbaan itu diuruskan sepenuhnya oleh pihak penganjur menerusi saluran rasmi. &#8220;Kami menghargai keterujaan orang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":82766,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1231],"tags":[],"class_list":["post-82762","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-beritalokal"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82762","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=82762"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82762\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":82768,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82762\/revisions\/82768"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/82766"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=82762"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=82762"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/borakdaily.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=82762"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}